Bekas adik ipar kepada Shila Amzah dikenali sebagai Anis tampil meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa penyanyi itu. Pemilik nama sebenar, Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis, 31, menganggap konflik yang berlaku antara Shila dan adiknya iaitu Amir Shafiq juga sebagai satu kifarah atas perbuatan silam bekas suaminya itu.
"Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak! Tetapi apa yang dikatakan oleh Shila itu mungkin kerana dia sudah sampai batas kesabarannya. Dia sudah tahan dan pendam lama tentang apa yang berlaku. "Apa yang berlaku ini saya anggap kifarah atas perbuatan dia (Shafiq) kepada anak. Cuma dalam hal ini saya juga kasihan kepada bekas ibu mentua kerana dia yang tanggung semua perbuatan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Terdahulu, Anis meninggalkan komen di Instagram mStar mendedahkan bekas suaminya itu gagal membayar wang nafkah buat anak mereka selama tujuh tahun berpisah.
Dakwa Anis lagi, Shafiq sejak dahulu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering meminjam wang daripada teman terdekat dengan alasan mahu membayar nafkah anak. "Dia ada bagi anak duit nafkah tapi banyak kali culas. Kalau saya senyap dia pun hilang. Sudah tujuh tahun kami berpisah ceritanya sama sahaja. "Dia juga ada meminjam duit daripada rakan-rakan kononnya untuk beri nafkah anak, tetapi saya tidak terima pun wang tersebut. Macam mana dia nak bayar nafkah kalau tiada kerja tetap? "Saya pernah nasihatkan supaya dia berubah. Kalau tidak dapat bayar nafkah penuh cukuplah sekadar RM20 seminggu untuk keberkatan," ujarnya. Dalam pada itu, Anis menganggap tindakan Shafiq membangkitkan isu Shila menjual rumah di media sosial bertujuan memperlihatkan diri sebagai mangsa keadaan. Malah, Anis juga mendakwa Shila pernah menjadi mangsa keganasan fizikal adiknya sendiri selain Shafiq juga bertindak menjual barangan di rumah mereka untuk mendapatkan duit. "Orang tidak tahu dia pernah buat kekasaran. Kau play victim. "Dia pernah jual gitar dan piano di rumah kerana mahu dapatkan duit," jelasnya. Untuk rekod, Anis dan Shafiq atau Amir Shafiq Amir Hamzah, 30, mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 dan sah bercerai pada 15 Jun 2016. Sumber: mStar |
edayildiz replied at 11-10-2023 10:54 PM
ptt la bapaknya lari
doubleA replied at 11-10-2023 02:45 PM
Make sense la kenapa xilalat taknak buh nama mak dia kt rumah atau harta lain, kang maklalat pemurah ...
miss_strangers replied at 11-10-2023 11:00 PM
jah baru nak mendominasi bodgoss dgn produk mati putikkk...terus kena sailang dgn Lalatriannn
love_warrior replied at 11-10-2023 11:05 PM
Cadah kata dia keje since umur 13 thn... Skrg cadah keje apo?
edayildiz replied at 11-10-2023 10:54 PM
ptt la bapaknya lari
primarikey replied at 11-10-2023 11:12 PM
Mgkn bapaknya dh penat bela ank2 yg jd biawak idup
ADVERTISEMENT