CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12100|Reply: 136

Bekas Adik Ipar Tampil Pertahan Shila Amzah, Anggap Apa Yang Jadi Kifarah Perbuatan Shafiq Pada Anak

[Copy link]
Post time 11-10-2023 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Bekas adik ipar kepada Shila Amzah dikenali sebagai Anis tampil meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa penyanyi itu.


Pemilik nama sebenar, Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis, 31, menganggap konflik yang berlaku antara Shila dan adiknya iaitu Amir Shafiq juga sebagai satu kifarah atas perbuatan silam bekas suaminya itu.






"Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak! Tetapi apa yang dikatakan oleh Shila itu mungkin kerana dia sudah sampai batas kesabarannya. Dia sudah tahan dan pendam lama tentang apa yang berlaku.


"Apa yang berlaku ini saya anggap kifarah atas perbuatan dia (Shafiq) kepada anak. Cuma dalam hal ini saya juga kasihan kepada bekas ibu mentua kerana dia yang tanggung semua perbuatan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.


Terdahulu, Anis meninggalkan komen di Instagram mStar mendedahkan bekas suaminya itu gagal membayar wang nafkah buat anak mereka selama tujuh tahun berpisah.


Dakwa Anis lagi, Shafiq sejak dahulu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering meminjam wang daripada teman terdekat dengan alasan mahu membayar nafkah anak.


"Dia ada bagi anak duit nafkah tapi banyak kali culas. Kalau saya senyap dia pun hilang. Sudah tujuh tahun kami berpisah ceritanya sama sahaja.


"Dia juga ada meminjam duit daripada rakan-rakan kononnya untuk beri nafkah anak, tetapi saya tidak terima pun wang tersebut. Macam mana dia nak bayar nafkah kalau tiada kerja tetap?


"Saya pernah nasihatkan supaya dia berubah. Kalau tidak dapat bayar nafkah penuh cukuplah sekadar RM20 seminggu untuk keberkatan," ujarnya.


Dalam pada itu, Anis menganggap tindakan Shafiq membangkitkan isu Shila menjual rumah di media sosial bertujuan memperlihatkan diri sebagai mangsa keadaan.


Malah, Anis juga mendakwa Shila pernah menjadi mangsa keganasan fizikal adiknya sendiri selain Shafiq juga bertindak menjual barangan di rumah mereka untuk mendapatkan duit.


"Orang tidak tahu dia pernah buat kekasaran. Kau play victim.


"Dia pernah jual gitar dan piano di rumah kerana mahu dapatkan duit," jelasnya.


Untuk rekod, Anis dan Shafiq atau Amir Shafiq Amir Hamzah, 30, mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 dan sah bercerai pada 15 Jun 2016.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Capik ni mendadih ke? Takde kerja tetap siap jual gitar, piano
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Merokok kot.. Duit beli rokok pon takde... Mak die simpannn ja die.. Bela die... Mcm budak kecikk... Sayang betol mak die dgn die...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lintang pukang jgk family deme.. dh tau xde duit lg nk jolok sarang tebuan nasib la korg
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Make sense la kenapa xilalat taknak buh nama mak dia kt rumah atau harta lain, kang maklalat pemurah bagi kt anak parasit ni, maklalat bekap kuat sapik ni. Sapik cakap pun mcm org tak betul ko dgn cadah mulut busuk betol, dua2 takda duit tu meloncat bila kena keluar rumah konon terpaling jaga mak, dah korang tak keje duduk rumah je memang la sentiasa ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tekesan betul la ngan kes xila ni. Emo rase sbb aku penah ada kawan feeder kpd parasit2 ni. Adik beradik lain menempel selagi x sudah. Segala benda dia tanggung. Tp belakang jaga cerita buruk seantero dunia. Mmg babi spesis camni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ptt la bapaknya lari
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kata rumah pesaka....mmg jahil ugama. Katalah tak ada tempat nak duduk free lagi ..
Pergilah duduk dgn  bapak yg hang puji kat Tik tok ...sudahlah lama hampa buli Shila. . Pergi lah share rumah dgn sadah tu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 11:00 PM | Show all posts

i rasa bagus juga bapaknya lari, kurang satu mulut nak jaga
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 11:00 PM | Show all posts
jah baru nak mendominasi bodgoss dgn produk mati putikkk...terus kena sailang dgn Lalatriannn
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup sendiri pun dah huru hara..pastu nk huhuharakan hidup kakak pulak.

Nasib ex sil bersuara..

so amir Syafiq nak balas apa plak..berani jawab blk tak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 11-10-2023 02:45 PM
Make sense la kenapa xilalat taknak buh nama mak dia kt rumah atau harta lain, kang maklalat pemurah ...

Cadah kata dia keje since umur 13 thn... Skrg cadah keje apo?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 11-10-2023 11:00 PM
jah baru nak mendominasi bodgoss dgn produk mati putikkk...terus kena sailang dgn Lalatriannn

Hahah komen ni tersembur I..jamu Jah kena sailang  dgn kes shila
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
love_warrior replied at 11-10-2023 11:05 PM
Cadah kata dia keje since umur 13 thn... Skrg cadah keje apo?

Review2 produk, “model” tudung, nyanyi2 camtu jela sesambil guna nama kakak. Mana ada kerja tetap pun dia tu, memang dia meratab dia cari duit sendiri masa study, potray paklalat bapak taguna. Cadah dgn sapik ni sama la melenting mcm terpaling kerja padahal payment on job tu tak mampu bagi nafkah anak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 11-10-2023 10:54 PM
ptt la bapaknya lari

Mgkn bapaknya dh penat bela ank2 yg jd biawak idup
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang aku paham kenapa pak lalat larik awal². Cuma sian mak lalat je la hadap perangai anak². Agaknya masa zaman shilalat dgn shanaz dlu tu pon ada macam³ cerita berlaku. Cuma masa tu bewak laki dgn cadar ni masih budak. So x de la terbuka aib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 11-10-2023 11:12 PM
Mgkn bapaknya dh penat bela ank2 yg jd biawak idup

Apaknya keja apa.

Bkn apaknya pun dibela xila
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok muka yg sapik ni mmg lain mcm sikit. Yg lagi sorg syahir tu nampak budak baik. Air muka org kdg boleh tunjuk perangai org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki yg baik adalah yg baik kepada keluarganya... tengoklah ayahnya buat apa kat keluarga. Dan sekarang apa anak laki tiru perangai ayahnya ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu yang menggelupur rumah nak kena jual. Dekat mana lagi nak biawakkan diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.581770 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list