CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Makan Mewah, Tergamak Catu Makanan Anak RM3.30 Je Sehari

11-10-2023 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7468| Komen: 105

PETALING JAYA – Seorang bapa tergamak hanya memberi nafkah makan RM100 sebulan buat anaknya dengan anggaran perbelanjaan RM3.30 sehari.

Peguam syarie, Suriati Ghani menceritakan kisah keluarga tersebut menerusi TikToknya.


Katanya, pasangan suami isteri berkenaan telah berpisah dan sedang dalam proses perbicaraan tuntutan nafkah buat anak mereka.

Gambar Hiasan

“Situasi perbicaraan kes nafkah anak di Mahkamah Syariah. RM100 untuk makan minum sebulan bersamaan RM3.30 sehari.

“Apa agaknya makanan yang dapat di makan RM3.30 sehari? Sarapan nasi lemak sebungkus sekarang ada RM1.50, roti canai pun boleh dapat seeping dengan harga yang sama, selebihnya RM1.80 lagi untuk makan tengahari dengan makan malam,” kongsinya.

Tambah Suriati, di mana rasa kasih sayang seorang bapa apabila sanggup mencatu makanan buat anaknya sedangkan dirinya berbelanja RM600 sebulan hanya untuk makan dan minum.


“Isunya sekarang sanggup si ayah mencatu makanan anak RM1.80 untuk makan tengahari dengan makan malam, tapi makanan untuk diri sendiri tidak dicatu.

“Ayah senaraikan komitmen untuk makan dan minum diri sendiri RM20 sehari darab sebulan RM600. Kalau ayah bagi nafkah makan minum RM100 sebulan, cuba tanya ayah cukup tak untuk diri sendiri pun makan RM100 sebulan,” soalnya dalam hantaran tersebut.

Menurut peguam itu, ada pihak luar yang beranggapan si bapa mempunyai komitmen lain sehingga menyukarkannya memberi lebih bayaran nafkah buat anaknya.

“Ada pula yang cakap nanti, dah itu sahaja yang ayah mampu. Okey, kalau hanya mampu bagi nafkah makan minum anak RM100 sebulan, jadi komitmen untuk makan minum diri sendiri juga perlu sama RM100 juga sebulan, selebihnya boleh disalurkan kepada keperluan lain,” pesanya.

Di ruangan komen, ramai wanita berkongsi kehidupan mereka membesarkan anak-anak seorang diri tanpa bantuan bekas suami.

“Saya sendiri bekas suami culas beri nafkah dua anak kami, dah masuk dua tahun saya tanggung sendiri perbelanjaan besarkan anak-anak,” kongsi Fazura.

“Anak saya pun cuma diberi RM100 sebulan untuk beli barang keperluan dan makan minum anak. Jadilah dari tak dapat langsung dan selebihnya saya usaha sendiri,” luah Anne.

“Kami ditinggalkan adik-beradik pada ibu yang tak bekerja. Sedangkan abah kami kaya. Kami adik-beradik dengan ibu hidup miskin dan sekarang dengan usaha kami, akhirnya dapat hidup lagi kaya dari abah. Ingat abah, Allah Maha Adil,” kongsi pengguna TikTok @Ducati795. –  CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 11-10-2023 04:00 PM
ada le jugak RM100.

byk yg buat bodoe walhal duit manyak.. pastu dah tua bangka beso sedih2 anak abai.. puihh
Quote matamata 11-10-2023 04:01 PM
Loyar pun dah pandai mencapub ke skrg
Quote zehra2 11-10-2023 04:23 PM
pd hal nama bapak tu ada dlm surat beranak. tak malu ke wahai bapak. baik di bin/binti dgn Abdullah je..
Quote pp_gurl 11-10-2023 04:35 PM
bagus lawyer2 ni share pengalaman diaorg
boleh jadi benchmark utk org lain yg menghadapi masalah yang sama
dan juga mendedahkan berapa ramai jantan2 taguna zaman skrg ni
hisap rokok beratus2 RM sebulan takpe..bini mintak 100 beli susu anak berkira
Quote asamfish 11-10-2023 04:56 PM
nanti bila dah tua2 ...dah tak larat.....dah kena duduk rumah welfare, mula la...time raya...time puasa....dok meratap kat newspaper...kat tv...kat socmed kata ada anak kerja gaji puluh ribu tapi tak jengok  dorang...anak derhaka....katenyeeee
Quote sukacactus 11-10-2023 06:54 PM
Ank2 kwn aku mcm ni lah
Bila kwn2 tya bapak mana?
Dah mati, tu la akibatnya bila bapak kandung buat xheran kat ank2 lps bercerai
Quote green~tea 11-10-2023 07:31 PM
Aku rasa.. bapak2 ni jadi berkira dgn perbelanjaan anak2 sbb si mak nya bangsat tak kasi si bapak jumpa anak2...

Orang2 lain bercerai aman damai je bodoh.. takde masalah pun berebut berkira dgn anak2 sampai jadi mangsa perceraian...

BODOH sangat selfish parents
Quote green~tea 11-10-2023 07:33 PM
matamata replied at 11-10-2023 04:01 PM
Loyar pun dah pandai mencapub ke skrg


Competitive cari customer

Berlambak kot lawyer graduan skang... siap jobless kadi scammer pun ramai.. amek contoh acik forum ex lawyer sangkak scammer tersohor tu je
Quote matamata 11-10-2023 08:23 PM
green~tea replied at 11-10-2023 07:31 PM
Aku rasa.. bapak2 ni jadi berkira dgn perbelanjaan anak2 sbb si mak nya bangsat tak kasi si bapak ju ...


Mmg ada...Jadi kat bapak sedara aku sendiri...dia sekat nafkah sbb ex wife dgn keluarga bekas mertua tak bagi jumpa...Bila kena sekat pandai pulak report kat kadi...tapi tak pandai la sebenarnya sbb bukak pekung sendiri
Quote green~tea 11-10-2023 08:50 PM
matamata replied at 11-10-2023 08:23 PM
Mmg ada...Jadi kat bapak sedara aku sendiri...dia sekat nafkah sbb ex wife dgn keluarga bekas mert ...

Sebab wujud mak pak jenis toksik pikir hal sendiri gini laaa maka anak2 jadi mangsa perceraian.. membesar dalam keadaan tak conducive...

Kesian anak2 takde masa depan, tak pepasal membesar nasib tak terbela... tak luak pun aih kasih sayang tu.. nak tamak apa giliran jaga anak..
Quote Chah21 11-10-2023 11:29 PM
Masa kes ps-sol ritu byk je jmpk komen lelaki xtaw la ada ank ke idak.. ckp ank tu dh pilih duk ngan mak, blajar la hidup susah..nk lambo ke apa yg mewah2 tunggu besar cari sndiri.. hrta dia yg skrg tu nk kena nafkah bini baru.. teringat la pulak baca berita ini huhu
Quote Chah21 11-10-2023 11:32 PM
sukacactus replied at 11-10-2023 06:54 PM
Ank2 kwn aku mcm ni lah
Bila kwn2 tya bapak mana?
Dah mati, tu la akibatnya bila bapak kandung buat  ...

Kwn fb i mmg ex dia mninggal dh.. ank yg bongsu tu xpenah jmpk dr lahir,cerai masa pantang.. umur 6y budak tu.. tp kwn i bawak jgk la masa nk kbumi.. tok belah ayahnya nangis2 peluk cucu tanya syg abah x.. budak tu jwb syg abah? Abah yg mana? Adik xde abah xpenah jmpk pon.. terkjut org di skeliling..yg rakam tu mkcik dia
Quote ina_na 11-10-2023 11:59 PM
Ms anak kecik2 kedekut nak mampos masing2 gan anak2..nanti anak2 dah beso berjaya mula la claim anak dia berjaya..anak dia x nak ambik tau hal bapak..pdhal ms muda,melantak x sedo diri...
Quote she 12-10-2023 12:09 AM
Naseb ex macik baik
Tenkiu nyahhh tak kedekut dengan anak2
Sebab tu ex macik kayo rayo
Doa anak2 kot

Ex macik ada dalam forum juga
Sesama register dulu
Hahahaha tak aktif dah dia rasanya
Quote she 12-10-2023 12:11 AM
green~tea replied at 11-10-2023 07:31 PM
Aku rasa.. bapak2 ni jadi berkira dgn perbelanjaan anak2 sbb si mak nya bangsat tak kasi si bapak ju ...

Boleh jumpa tapi ada syarat
Tak boleh bawa GF
Tak boleh bawa bini baru
Kena jumpa dia rumah
Kena bawa ex wife sekali
Tak boleh bawa balik rumah bekas mertua
Tak boleh bawa bercuti dengan bekas ipar
Sampaikan besday cousin2 anak belah bekas somi pun tak boleh pergi
Tak boleh bergaul dengan keluarga bekas sana

Mungkin begitulah kannnn
Benda mudah jadi payah

Ini kita teka yang jenis bekas isteri banyak songeh lah
Quote sukacactus 12-10-2023 05:29 AM
Chah21 replied at 11-10-2023 11:32 PM
Kwn fb i mmg ex dia mninggal dh.. ank yg bongsu tu xpenah jmpk dr lahir,cerai masa pantang.. umur  ...

Tp dah jd gitu nak salahkan sapa kan
Mcm kwn aku tu, cerai sebab ex baran & rajin naik tangan
Masing2 tak de kawin baru
Skrg tgh fight utk tuntutan nafkah kat court
Ada ke ank 5 org dia nak kasi 600 ratus je
Dah la 4 masih skolah lg
Quote Chah21 12-10-2023 05:31 AM
sukacactus replied at 12-10-2023 05:29 AM
Tp dah jd gitu nak salahkan sapa kan
Mcm kwn aku tu, cerai sebab ex baran & rajin naik tangan
Masi ...

Ya Allah skit.. klu ank tu x dpt trima hakikat jgn salahkn ye bila bsar2 diorang x sygkan bapak
Quote batmana 12-10-2023 05:45 AM
Bekas menantu Taib Mahmud tu tuntut mutaah 100  juta rm.. agaknya mkn apalah sehari
Quote Tinot7 12-10-2023 06:26 AM
Chah21 replied at 11-10-2023 11:32 PM
Kwn fb i mmg ex dia mninggal dh.. ank yg bongsu tu xpenah jmpk dr lahir,cerai masa pantang.. umur  ...

Bapa tak make effort utk jumpa anak ka mak tak make effort utk bapa jumpa anak?

Dah dia tak jumpa sejak lahir, mmg la tak kenai..

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.139491 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top