PETALING JAYA – Bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyambut secara positif langkah kerajaan untuk melaksanakan semula program tersebut. Kakitangan sebuah badan berkanun, Azrul Faiz Zul, 33, berkata, pengalamannya menyertai PLKN banyak membantunya membentuk disiplin diri ketika usia remaja.
“Saya sertai PLKN masa umur 18 tahun. Ia sebuah program yang bagus kerana mengajar kita untuk hidup berdikari dan juga menjalani kehidupan dengan penuh disiplin. “Pendapat saya tempoh 45 hari untuk PLKN mencukupi dengan syarat tiada lawatan oleh ibu bapa dan tiada telefon pintar dibenarkan digunakan oleh peserta,” katanya kepada Kosmo. Seorang lagi bekas pelatih PLKN, Nur Ajmal Mohamad Fadzil, 24, berkata, PLKN bukan saja latihan berbentuk fizikal, ia turut melatih golongan belia negara mengenali jati diri. Dia yang kini bekerja sendiri berkata, banyak perkara yang bertujuan meningkatkan motivasi diri turut diterapkan dalam kalangan pelatih.
“Sepanjang mengikuti latihan PLKN kita diajar tentang jati diri, latihan fizikal dan motivasi diri. PLKN menjadikan diri lebih matang untuk menempuh kehidupan,” katanya. Kakitangan sebuah syarikat swasta, yang hanya mahu dikenali sebagai Roy, 32, pula berkata, dia tidak menyangka PLKN yang telah lama dimansuhkan akan diwujudkan semula. Menurutnya, program itu sangat bermanfaat dalam membentuk sahsiah golongan muda serta melatih mereka menjadi lasak serta cekal mental dan fizikal. “Mana ada sesuatu perkara sempurna sepenuhnya, tetapi PLKN banyak manfaat kepada peserta, masyarakat dan negara. Saya harap PLKN kali ini berjalan lancar,” katanya. Semalam Kosmo! melaporkan PLKN yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanakan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya. PLKN digagaskan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara sebelum memulakan program itu pada 2004. Ia kemudian ditangguhkan pada 2015 dan diperkenalkan semula setahun kemudian dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019. Namun, program itu dimansuhkan pada 2018. -CARI Sumber: Kosmo
|
tripleid replied at 11-10-2023 02:55 PM
Tapi Tok saka ckp plkn takdak pekdak mbazir duit kjaan jah..sbb tu kena mansuh masa dia jadi PM7 dul ...
hudalarva replied at 11-10-2023 06:46 PM
Dia aje lah yg terpaling jadi orang
Habis yg tak join PLKN ni hamster ke sis?
Firenzza replied at 11-10-2023 07:18 PM
45 hari mmg x blh ubah beruk jd orang sis. Muntri2 yg ada skrg ni pun lepasan plkn juga ke? Tu sbb ...
ADVERTISEMENT