JAKARTA – Seorang pemandu Ferrari berusia 29 tahun memandu laju sampai melanggar lima kenderaan dari arah belakang dalam kejadian di bulatan Senayan, Jakarta Selatan. Prohaba melaporkan, pemuda itu turut memukul dua penunggang motosikal setelah terlibat dalam nahas tersebut yang melibatkan tiga kereta dan dua motosikal. Dia akhirnya ditangkap oleh polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Jhoni Eka Putra, pemandu itu ialah seorang usahawan yang memandu dari Surabaya ke Jakarta kerana hal ehawal pekerjaannya dan dia berjanji memberikan ganti rugi kepada mangsa-mangsa nahas tersebut. Beliau berkata, pemuda tersebut melanggar lima kenderaan yang sedang berhenti di depannya kerana tidak berhati-hati dalam pemanduan. Dalam pada itu, Ketua Polis Lalu Lintas Metro Jaya, Diella Kartika Artha berkata, pemandu itu berada dalam keadaan sedar ketika kejadian dan dia tidak mabuk malah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa selepas kejadian tersebut. –CARI
Sumber: Kosmo |
ADVERTISEMENT