Esok menjadi hari terakhir bagi seorang penyanyi era 1990-an mengotakan janjinya mengosongkan rumah sewanya. Pemilik kediaman, Liza Mohamad berkata, selepas pujukan dan laporan tunggakan sewa sebanyak RM3,600 dan bil utiliti mencecah RM2,770 tidak diendahkan, dia kembali bersemuka lagi artis tersebut, semalam.
Namun katanya, kali ini dia ditemani pegawai polis memandangkan pertemuan pada 18 September lalu telah ‘disambut’ dengan sebilah parang. “Saya sudah minta secara baik supaya dia pindah, bukan terus lapor kepada polis kerana isu ini tercetus sejak tahun lalu lagi dengan beberapa siri pertemuan dan perbincangan. “Apabila panggilan dan mesej tidak berjawab malah nombor saya disekat isterinya terutama selepas kunjungan kali terakhir seminggu selepas dia tunjuk parang, saya kena datang lagi. “Bukan mahu mengganggunya, cuma ingin sampaikan lagi sekali permintaan supaya dia keluar segera. Kita bagi lagi tempoh tiga hari. Esok sepatutnya dia dah kosongkan rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Menurut pekerja swasta itu, dalam kunjungan tersebut pegawai polis menasihatinya kembali ke kereta dan agar mereka dapat berbincang dengan artis berusia 50-an itu. Malah, selepas perbincangan kira-kira setengah jam di luar unit kediaman yang terletak di Setapak Indah itu, polis berkenaan memaklumkan penyanyi terbabit meminta sedikit masa lagi. “Harap dia berpegang kepada janji yang diluahkan secara lisan untuk berpindah selepas kita bagi masa tiga hari lagi. “Saya juga akur dengan nasihat pegawai terbabit supaya tidak menghubungi atau bersemuka dengan artis itu sehingga esok. Ini ikhtiar akhir,” ulasnya. Semalam, dilaporkan individu popular itu didakwa pemilik kediaman memegang parang ketika wanita tersebut datang berbincang dengannya berhubung notis keluar rumah pada pertengahan bulan lalu. Susulan itu, Liza, 46, membuat laporan polis kali ke empat, tetapi sehingga sekarang penyewanya masih belum berganjak dari rumah flet peninggalan Allahyarham suaminya itu. –CARI Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 11-10-2023 09:57 AM
Kalau ada perjanjian sewa rumah, apa hak dan tindakan tuanpunya rumah utk usir penyewa yg macm ni ek ...
adeqbun replied at 11-10-2023 11:22 AM
mangga je grill pintu dr luar...
cmf_almondpecan replied at 11-10-2023 05:21 AM
Kalau ikut saluran undang2 yg betul, tuan punya rumah kena ambik tindakan di mahkamah sivil untuk ...
ADVERTISEMENT