Jiran-jiran bersuara, dah tiga tahun menahan sabar dengan sikap pengotor penyanyi lelaki popular era 1990-an yang turut mengganggu ketenteraman awam pada tengah malam hingga lewat pagi. Sebelum ini pekerja swasta dikenali Liza Mohamad, 46, masih mencari jalan penyelesaian agar penyanyi bermasalah itu keluar daripada rumahnya yang disewakan sejak Oktober 2020 lalu.
Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Che Ma berkata, apa yang diceritakan oleh Liza itu semuanya betul dan kasihan juga pada dia sebab susah sangat nak dapatkan semula rumah miliknya sendiri untuk diduduki. "Penyanyi itu bukan saja tidak membayar sewa rumah dan bil elektrik, namun dia selama menetap di sini sejak tiga tahun lalu tidak menjalinkan hubungan baik dengan sesama jiran. Dia (penyanyi) selalu membuat ketenteraman penduduk terganggu. "Pada waktu tengah malam hingga jam 2 sampai 3 pagi, dia bertukang dalam rumah yang membuatkan suasana bising dan mengganggu kami yang nak tidur. Kawasan rumahnya juga kotor dicemari najis kucing, selain merosakkan barangan penduduk setempat.
"Sejak dia menetap di kawasan kediaman ini, penduduk berhadapan gangguan bunyi bising dan dia langsung tiada rasa hormat pada jiran. Saya sangat berharap ada pihak berkuasa yang dapat campur tangan membantu Liza dan kami (penduduk) menyelesaikan masalah ini," katanya kepada Harian Metro. Che Ma berkata, selepas membaca berita mengenai Liza itu, dia berasa tidak boleh terus berdiam diri lagi kerana penyanyi terbabit memang tidak boleh dibawa berbincang dan ditegur sebab dia akan naik angin serta ajak bergaduh. Bagi seorang lagi penduduk dikenali Rashid, dia mengharapkan persatuan artis yang ada banyak di negara ini sanggup turun padang membantu tuan rumah terbabit menyelesaikan permasalahan yang berlaku. "Sudah tiga tahun kami (penduduk) diam kerana bersabar walaupun keadaan dihadapi sebagai penghuni berjiran dengan penyanyi itu sangat terganggu. Saya sendiri pun amat kasihan dengan Liza kerana susah betul dia nak dapatkan rumahnya daripada penyanyi berkenaan. "Beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh Liza, namun semacam tidak dapat membantunya untuk memiliki semula rumah peninggalan Allahyarham suaminya daripada penyewa tidak bermoral sebegitu," katanya. Rashid bagaimanapun memaklumkan, pihak polis juga dilihat datang ke rumah sewa terbabit semalam bagi memintanya keluar meninggalkan kediaman berkenaan, namun hingga kini masih tiada tindakan dilakukan oleh penyanyi itu. "Saya minta sangat kerjasama daripada pihak-pihak berkuasa yang boleh menangani masalah ini membantu kami. Tolonglah bawa keluar penyanyi itu dari tempat kediaman kami agar dia boleh menyewa di tempat lain yang lebih rendah kadar sewa bulanan," katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu. Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Buritan replied at 10-10-2023 07:18 PM
Kann.. elok dah dia duk dlm utan . Si yebit pi amikk.. sedih la kesian.. ujung ujung mcm ni jd.. man ...
bintangct replied at 10-10-2023 05:22 PM
kenapa wartawan xnak tulis nama penyanyi tu?
eh actually jiran dia ni tak reti report majlis ke pas ...
dua_chzy replied at 10-10-2023 05:47 PM
Ooo yang dok utan tu rupanya.
Padan muka dok kesian sangat. See. Terbukti haprak.
TabletSusu replied at 11-10-2023 10:14 AM
OT jap.. klu hal pembakaran terbuka, report kat majlis perbandaran ke report polis? sakit btul hat ...
TabletSusu replied at 11-10-2023 02:14 AM
OT jap.. klu hal pembakaran terbuka, report kat majlis perbandaran ke report polis? sakit btul hat ...
bintangct replied at 11-10-2023 02:26 AM
iols dh check spcial for u hahah
boleh buat aduan kat jab alam sekitar ye
ADVERTISEMENT