Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia meninggalkan syarikat pengurusan bersama beberapa rakan artis lain disebabkan 'perang besar' membabitkan soal bayaran.
Kata Hannah, keputusan untuk meninggalkan Prodigy Syndrome Management dibuat atas persetujuan bersama. "Kami tidak pernah bersengketa, jauh sekali nak berbalah. Cerita yang sebenarnya adalah syarikat pengurusan berhasrat memberhentikan operasi. "Jadi, saya dan rakan artis lain putuskan untuk mengumumkan berita ini dalam media sosial. "Tujuan untuk memaklumkan kepada semua pihak yang ada kaitan dengan kerjaya seni kami. "Kami sudah tidak bernaung di bawah syarikat pengurusan berkenaan. Ini juga untuk memudahkan tugas kedua-dua pihak dan kami juga tidak mahu terlepas peluang projek pada masa akan datang," katanya. Hannah turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan bekas pengurus masih baik dan kekal berhubung untuk bertanya khabar.
|
Shahman86 replied at 10-10-2023 04:40 PM
Next yg akan buka hijab adalah dia ni..tak sabar nk tunggu giliran pula slps nelydia dan mawar.
Shahman86: Next yg akan buka hijab adalah ...
ADVERTISEMENT