CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zila Bakarin Menderita Slip Disc- 2 Bulan Susah Berjalan Sampai Tidur Pun Menonggeng

10-10-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3347| Komen: 10

Zila Bakarin selamat dibedah di sebuah hospital swasta pada Isnin selepas menderita penyakit slip disc.

Dua bulan dia menanggung kesakitan selain kaki bahagian kiri tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyukarkan dia bergerak.


Kata Zila, doktor mengesahkan dia mengalami masalah itu selepas membuat pemeriksaan di hospital pada 5 Oktober lalu.

Foto: mStar

“Sudah dua bulan saya tak boleh bergerak sebab kaki kiri sakit sangat... Saya pula hanya bergantung kepada ubat dan tak tahu sakit apa.

“Ketika buat pemeriksaan doktor sahkan slip disc dan nampak tulang macam terkeluar yang memberi kesan kepada saraf di bahagian kaki kiri.

“Alhamdulillah saya selesai menjalani pembedahan semalam (Isnin) bagi merawat masalah saraf itu,” katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Zila berkata, sepanjang tempoh dua bulan dia bergantung kepada bantuan tongkat untuk berjalan disebabkan tidak boleh berdiri lama.

Malah kata Zila, duduk terlalu lama turut memberi masalah apabila ia menyebabkan kesakitan di bahagian punggung.

“Memang tak boleh bergerak. Tak boleh berjalan. Duduk atas kerusi roda pun tak boleh sebab punggung akan sakit.

"Kalau tidur pun saya akan mengiringkan badan ke bahagian kanan ataupun menonggeng untuk berasa selesa," ujarnya.


Ditanya mengenai perkembangan terkini selepas pembedahan, Zila berkata keadaannya semakin bertambah baik.

"Pagi tadi saya cuba bangun, Alhamdulillah okay. Insya-Allag dalam dua atau tiga hari ini boleh pulih sedikit demi sedikit," katanya.

Zila turut memaklumkan bahawa dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta yang masih belum selesai.


Pelakon ini turut meluahkan rasa terharu apabila pihak produksi sanggup menyusun semula jadual penggambaran bagi membolehkan dia menjalani pembedahan.

“Krew menjadi saksi kesakitan yang saya tanggung dan mereka juga minta saya ke hospital.

“Malah sanggup menyusun semula jadual penggambaran... Menitik air mata saya sebab terharu dengan kebaikan mereka,” katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 10-10-2023 02:51 PM
speedy recovery! ????
Quote Burong_Hantuk 10-10-2023 02:57 PM
gws.......
Quote jlo 10-10-2023 02:59 PM
speedy recovery
Quote likilu 10-10-2023 03:07 PM
Anak anak dia pun macam zarina ke autisme jugak anak syurga?
Quote I.K.A888990 10-10-2023 05:19 PM
semoga cepat sembuh
sakit wei kalau slip dics ni
Quote lanacondor 10-10-2023 05:23 PM
Semoga di beri kesembuhan ye kak
Quote doridori_hi 10-10-2023 05:51 PM
Selalu dgr org kena slip disc ni, sb utama apa kena ada sape tau..
Semoga diberikan kesembuhan
Quote Atata 10-10-2023 05:58 PM
Uuuu sakitnya tuuu.. aku paham sgt perasaan org sakit belakang ni. Aku dulu pernah tp bukan slip disk la, suka angkat benda berat2, satu time tu agaknya dah over limit dah, sakitttt nak menunduk sakittt rukuk ee semua lah sakit. Pastu mak mentua ajar minum susu panas ngan galic bakar, telan sekaligus pagi2 b4 breakfast. Weiii mujarab weh, lepas 3-4 hari buat tu mmg hilang terus. Entahlah apa kaitan susu panas garlic tu ngan sakit belakang
Quote alieyrina 10-10-2023 07:04 PM
Sakit wey. Sorg pompuan muda sama wad dgn mak aku dulu menderita slip disc. Sian dgr seksanya gumana
Quote royaldanish 10-10-2023 07:07 PM
semoga cepat sembuh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.047157 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top