Dafi Ismail mendalami ilmu pengurusan dan kepimpinan sebagai persediaan untuk membuka perniagaan sendiri. Menerusi kursus jangka pendek selama enam bulan di UTM Space, Kuala Lumpur, Gadaffi Ismail Sabri, 35, berjaya memperoleh Diploma Profesional Dalam Kepimpinan dari Program Kepimpinan Oxford oleh Pusat Kepimpinan Oxford (OXCEL).
“Kali terakhir saya bergraduasi 14 tahun lepas. Jadi, untuk kembali beradaptasi sebagai seorang pelajar memang agak mencabar pada mulanya. “Saya sengaja ambil kos ini sebab mempunyai impian untuk memulakan perniagaan sekali gus menjadi seorang pemimpin yang bagus. “Lagi pula ilmu kepimpinan ini tidak hanya di dalam perniagaan sahaja tapi juga berguna dalam hidup contohnya jika ingin menjadi ketua keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tak sukar membahagikan masa menjadi pelajar dan bekerja kerana Dafi tidak berasa terbeban memandangkan kelas hanya diadakan sebulan sekali di Kuala Lumpur. Dia juga mendedahkan tidak kisah berhabis duit menyambung pengajian kerana pendidikan adalah segalanya.
“Dari segi perbelanjaan, tiada masalah kerana bagi saya pendidikan adalah segalanya. “Sewaktu bergradusi, saya terserempak juga dengan penyanyi Rahmad Mega yang membuatkan saya terfikir artis kita di Malaysia bukan calang-calang.
“Semuanya mementingkan pendidikan dan mencari cara untuk tambah ilmu pengetahuan,” jelasnya. Sebelum ini, Dafi menyelesaikan pengajiannya dalam Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing pada tahun 2009. Semalam, Dafi diraikan di sebuah majlis graduasi yang diadakan di House of Parliament London.
Untuk makluman, Oxford leadership program bukanlah di bawah seliaan Universiti berprestij Oxford namun merupakan organisasi kepimpinan bebas British yang ditubuhkan di United Kingdom bagi memberikan kursus jangka pendek kepada pemohon. -CARI Sumber: Utusan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|