CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 3

Tak Kisah Habis Duit Untuk Belajar, Dafi Ismail Nak Buka Perniagaan

[Copy link]
Post time 10-10-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Dafi Ismail mendalami ilmu pengurusan dan kepimpinan sebagai persediaan untuk membuka perniagaan sendiri.


Menerusi kursus jangka pendek selama enam bulan di UTM Space, Kuala Lumpur, Gadaffi Ismail Sabri, 35, berjaya memperoleh Diploma Profesional Dalam Kepimpinan dari Program Kepimpinan Oxford oleh Pusat Kepimpinan Oxford (OXCEL).


Foto: IG




“Kali terakhir saya bergraduasi 14 tahun lepas. Jadi, untuk kembali beradaptasi sebagai seorang pelajar memang agak mencabar pada mulanya.


“Saya sengaja ambil kos ini sebab mempunyai impian untuk memulakan perniagaan sekali gus menjadi seorang pemimpin yang bagus.


“Lagi pula ilmu kepimpinan ini tidak hanya di dalam perniagaan sahaja tapi juga berguna dalam hidup contohnya jika ingin menjadi ketua keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia.




  



Tak sukar membahagikan masa menjadi pelajar dan bekerja kerana Dafi tidak berasa terbeban memandangkan kelas hanya diadakan sebulan sekali di Kuala Lumpur.


Dia juga mendedahkan tidak kisah berhabis duit menyambung pengajian kerana pendidikan adalah segalanya.


  



“Dari segi perbelanjaan, tiada masalah kerana bagi saya pendidikan adalah segalanya.


“Sewaktu bergradusi, saya terserempak juga dengan penyanyi Rahmad Mega yang membuatkan saya terfikir artis kita di Malaysia bukan calang-calang.


  



“Semuanya mementingkan pendidikan dan mencari cara untuk tambah ilmu pengetahuan,” jelasnya.


Sebelum ini, Dafi menyelesaikan pengajiannya dalam Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing pada tahun 2009. Semalam, Dafi diraikan di sebuah majlis graduasi yang diadakan di House of Parliament London.


  



Untuk makluman, Oxford leadership program bukanlah di bawah seliaan Universiti berprestij Oxford namun merupakan organisasi kepimpinan bebas British yang ditubuhkan di United Kingdom bagi memberikan kursus jangka pendek kepada pemohon. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
xde siapa persoalkan kenapa dia graduasi dengan kerusi saja?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 02:48 PM | Show all posts
anak mantan PM kita dulu...baik punya...

kita ada ramai pm di yg di gelar bapa

bapa kemerdekaan,bapa pembangunan

ni bapa baik punya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 03:22 PM | Show all posts
Alahai statement kau.. macam statement student little caliph.. klu habis beribu pun ko anak menteri kan.. apa punya kepunde*kan la kau ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.039788 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list