Johor Bahru: Nasib ibu tunggal dan seorang tomboi yang sebelum ini didakwa atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya akan ditentukan Mahkamah Sesyen di sini, 1 November nanti.
Hakim VM Mabel Sheela yang sepatutnya menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan Awiin Chua, 30, pada hari ini sakit. Peguam Abd Rahim Ali yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata, pihaknya hanya diberitahu mengenai hakim yang cuti sakit pada pagi ini. "Jurubahasa maklumkan bahawa hakim cuti sakit, oleh itu, satu tarikh baru untuk fakta dan hukuman ditetapkan pada 1 November depan. "Sedikit perkongsian, kedua-dua tertuduh dalam keadaan baik dan bersedia (dengan hukuman). "Saya dimaklumkan, ibu mangsa (Nurul Asyiqin) ada jatuh di tandas dan kaki kanannya cedera akibat tulang retak, bagaimanapun pihak Penjara Simpang Renggam sudah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya baik," katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah di sini, hari ini.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tiba di perkarangan mahkamah jam 8.50 pagi dilihat tenang dan bersedia menerima hukuman yang bakal dijatuhkan hakim terhadap mereka. Mereka turut dilihat mencari-cari keluarga, bagaimanapun tiada kelibat ahli keluarga mereka berada di mahkamah. Pada 16 Ogos lalu, Nurul Asyiqin dan Awiin yang juga wanita berperwatakan lelaki itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari. Bagaimanapun, pada 27 September lalu, kedua-dua mereka menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Mabel Sheela. Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal. Manakala, bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal itu ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka. Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu. Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Awal Ogos lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya adalah ibu kandungnya. Kejadian menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran menyerbu rumah diduduki dua beranak itu bersama kenalan ibu mangsa. Video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial yang turut memaparkan kecederaan agak teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Fly_over: Edited by Fly_over at 10-10-2 ...
Fly_over replied at 10-10-2023 11:11 AM
sehati sejiwa. gambar pn terdongak sama gitu. kalau masuk penjara ok saja la deyols. org lain laki b ...
ADVERTISEMENT