Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan Indonesia yang mengharamkan transaksi e-dagang di platform TikTok berkuat kuasa serta-merta pada 4 Oktober lalu turut menimbulkan kegusaran dalam kalangan peniaga di sini.
Pemilik butik Mek Kembang Cotton, Alia Najihah Alias berkata, platform TikTok Shop adalah satu lagi ruang untuk dia menjana pendapatan butik yang diusahakan. "Kalau sebelum ini kita tak perlu risau sebab sudah ada pelanggan tetap namun, sejak TikTok membuka 'beg kuning' untuk medium perniagaan baharu di media sosial itu, ramai peniaga memilih dan beralih ke situ, tidak terkecuali saya. "Tidak dinafikan platform ini memudahkan peniaga, cuma kena rajin. Sebab perlu buat sesi siaran langsung. Kalau tak, mana nak dapat jualan? Jadi, harapnya platfom ini akan terus dikekalkan tanpa sebarang sekatan," katanya. Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan memanggil pengendali aplikasi TikTok dalam masa terdekat untuk memberikan penjelasan berkaitan kandungan iklan di platform terbabit.
Ia termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi berkaitan akan meneliti beberapa asas berhubung tindakan kerajaan Indonesia mengharamkan aplikasi TikTok Shop sebelum ini. Sumber: Harian Metro |
sharlenetexas replied at 22-10-2023 04:05 PM
Dah tak nak beli baju kebaya/kurung cotton. Letih nak iron. Lebih baik kain polyester. Tapi polyeste ...
sharlenetexas replied at 22-10-2023 04:05 PM
Dah tak nak beli baju kebaya/kurung cotton. Letih nak iron. Lebih baik kain polyester. Tapi polyeste ...
shernazz replied at 22-10-2023 03:08 PM
Okay ke Mel.kembang.cotton neh?
Iols suka nengok lain2 dia coral cantiks..
Kalau kat jakel..beli kai ...
B40tastePosh replied at 22-10-2023 10:04 PM
Tapi cotton sedap pakai..
Meols selalu beli kat Converse kalau t-shirt.
Suchi replied at 22-10-2023 08:58 PM
Murah kusam tu cemana
Skrg pemes material cey crepe tu
Dia berat jatuh kain mcm ada texture
caprut replied at 22-10-2023 06:03 PM
Bosan buka tiktok tk pasal politik pasal palestin. Aku rasa tiktok ni jangka hayat dia dlm lg 3 tahu ...
sharlenetexas replied at 22-10-2023 04:05 PM
Dah tak nak beli baju kebaya/kurung cotton. Letih nak iron. Lebih baik kain polyester. Tapi polyeste ...
ADVERTISEMENT