CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Sakit Jantung Hanya Ada Duit Syiling Untuk Teruskan Hidup Dengan Isteri Dan Dua Anak

10-10-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2435| Komen: 32

SEREMBAN – Seorang pesakit jantung buntu apabila gagal menyediakan kewangan yang cukup untuk ahli keluarganya ekoran sukar mendapat pekerjaan selepas berhenti berniaga kedai makanan.

Mohd. Raziz Sharim Shukur, 41, berkata, pergerakannya terbatas apabila sudah memasang lima stent jantung sejak ­meng­alami penyakit itu pada 2018.


Kata bapa kepada dua anak berusia 12 dan 14 tahun itu, dia perlu cekal untuk terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup ahli keluar­ganya.

Foto: Kosmo

“Saya tidak mempunyai pendapatan selepas mengalami ma­salah dalam perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain sukar mendapat pe­kerjaan ekoran masalah kesihatan.

“Kami cuba untuk bangkit semula selepas PKP, namun usaha itu tidak berjaya.

“Walaupun penyakit saya kritikal, saya tidak pernah berhenti mencari kerja tetapi belum ada rezeki,” katanya ketika ditemui di Taman Angsana, Sikamat di sini baru-baru ini.


Menurut Mohd. Raziz, ekoran itu sewa rumahnya sudah tertunggak dan bayaran untuk sekolah tahfiz anaknya sebanyak RM1,500 di Johol, Kuala Pilah tidak dapat dilunaskan sejak tiga bulan lalu.

Tambahnya, dia hanya menggunakan duit syiling yang ditukar setiap hari untuk membeli makanan.

“Apa yang menyedihkan saya gagal menyediakan makanan buat mereka. Sebelum ini setiap minggu saya belikan biskut, mi­numan dan barangan kebersihan untuk anak tahfiz tetapi semua­nya terhenti apabila jadi macam ini.

“Hanya Tuhan yang tahu ke­adaan kami ketika ini,” rintihnya.

Ujar Mohd. Raziz, ketika ini dia sedang berusaha bagi mencari pendapatan buat keluar­ganya, namun dia memerlukan modal menjalankan perniagaan semula.

“Saya ada mendapat tawaran untuk berniaga di sebuah tapak tetapi modal saya memang tiada, yang saya ada ketika ini hanya perkakas. Kalau ada yang boleh membantu saya amat bersyu­kur,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh me­nyalurkannya ke akaun Maybank 164182410108 atas nama Mohd. Raziz atau menghubunginya di talian 016-446 0313. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 10-10-2023 09:59 AM
Rasanya boleh minta bantuan ppz dulu utk modal perniagaan? Ke takleh? Wife dia taj bantu ke? Anak2 dia takleh tukar sekolah keb biasa ke?
Quote Burong_Hantuk 10-10-2023 10:10 AM
Moga dipermudahkan urusan
Quote adiksha 10-10-2023 11:01 AM
isteri tak bantu cari rezeki sama ke?
Quote gigahertz 10-10-2023 11:07 AM
3 pantang larang selepas berkahwin
a) Di Larang Mati
b) Di Larang Sakit
c) Di Larang Hilang kerja
d) Di Larang Accident
Quote zuriey 10-10-2023 11:17 AM
Pesakit cancer pun masih gigih bekerja tau
Yg dok bt dialisis pun ramai bekerja
Menteri pun ramai yg sakit jantung masih bekerja [em:4:]

Quote krustykrab 10-10-2023 11:21 AM
Bila anak ramai acik porom kutuk ..ni anak 2 je acik porom tanya pulak bini tak bantu  ka

Pusat zakat ada baitulmal ada...diorg la kena bantu.
Quote helicornia 10-10-2023 11:34 AM
krustykrab replied at 10-10-2023 11:21 AM
Bila anak ramai acik porom kutuk ..ni anak 2 je acik porom tanya pulak bini tak bantu  ka

Pus ...

mmg la patut bininya keje
nampak sihat muda lagi
anak pun sek asrama
hat lain yg susah tu kebanyakan anak kecik2, tu yang netizen komplen awat la beranak ramai sgt kecik2 plak tu. bila suami sakit ke meninggal dah payah nak keje
Quote little_sis 10-10-2023 11:35 AM
Semoga dipermudahkan urusan...
Quote Zazama 10-10-2023 11:38 AM
Semoga direzekikan jalan keluar dr masalah apapun. Amin..
Quote salimrock 10-10-2023 11:39 AM
gigahertz replied at 10-10-2023 11:07 AM
3 pantang larang selepas berkahwin
a) Di Larang Mati
b) Di Larang Sakit

mati takpe dik ... kalo kerja yg ada insurance, sokso pasangan boleh hidup bahgia beli keta baru, beli superbike...gi makan angin

jd cari la kerja yg covered insurance..insya Allah, pihak insurance akan senantiasa mendoa kan agar pencarum insurance sihat wal afiat dan panjang umur....
Quote krustykrab 10-10-2023 11:40 AM
helicornia replied at 10-10-2023 11:34 AM
mmg la patut bininya keje
nampak sihat muda lagi
anak pun sek asrama

Dlm islam bukan tanggungjawqb bini carik.nafkah pun. Dia nak buat atau tak itu hak dia.
Quote gigahertz 10-10-2023 12:02 PM
salimrock replied at 10-10-2023 03:39 AM
mati takpe dik ... kalo kerja yg ada insurance, sokso pasangan boleh hidup bahgia beli keta baru,  ...

Kalau mati tu jenis mati terus xpe
Jenis mati yang diabetis / stroke yang susah
Quote VespaSilbe 10-10-2023 12:59 PM
Umo muda.. lawan la sakit tu.. takkan nak mengharap duit derma.. bukan ko sorang je eh sakit jantung..
Quote ajinomotonosuga 10-10-2023 01:01 PM
gigahertz replied at 10-10-2023 11:07 AM
3 pantang larang selepas berkahwin
a) Di Larang Mati
b) Di Larang Sakit

di larang poligami gak
Quote B40tastePosh 10-10-2023 01:06 PM
krustykrab replied at 10-10-2023 11:21 AM
Bila anak ramai acik porom kutuk ..ni anak 2 je acik porom tanya pulak bini tak bantu  ka

Pus ...

Dah sakit janting camne nak tambah anak

Kira okey la tu..ada control measure.
Quote sayurmayur88 10-10-2023 01:17 PM
semoga dipermudahkan...
mana2 yg nk menyumbang tu , tu dh ada no akaun dan no hp dia..
Quote noell 10-10-2023 01:19 PM
habaq kat dia pi kat gereja mintak bantuan kalo pusat zakat mmg lambat la kalo bumbong umah ada pring astro walau takdak kotak astro even umah takdak tv pun konpom kena rejek
Quote fair_iza 10-10-2023 01:34 PM
Malas nk tanya soalan yg sama. Tp setakat nk dpt RM800 sebuln boleh sgt. Ank2 pn dh besar bukn nk kena ada dgn ibu 24hrs. Kecuali duit gaji bini hbs utk byr sewa, petrol dn beli brg dapur...cerita x hbs. Laki x mampu nk kerja langsung ke? Stesen minyak, kedai mkn.
Quote Kitty_catz 10-10-2023 01:43 PM
anak umo 12 & 14 tu dah boleh independent dah le.. kalo org dulu2 14 dah berlaki uiii

bini pun nampaks sihat tubuh badan,, keja cuci2 ofc sekerat hari pun ok

dlm islam ni kita kena usaha juga, bukan just minta2 sana sini

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.177956 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top