Seorang wanita menerima ugutan mengancam nyawa daripada adik kandungnya sendiri. Ia berpunca apabila dia tidak membenarkan adiknya menggunakan kereta untuk pulang ke kampung bersama isteri yang sedang hamil.
"Saya duduk serumah dengan adik dan isterinya. Kami bergaduh berpunca daripada adik yang nak pakai kenderaan saya untuk balik ke kampung bersama isteri. "Dia menganggur dan isterinya sedang sarat hamil. Saya nasihatkan dia berjimat dan jangan asyik nak balik ke kampung atau berjalan kerana dia tidak bekerja," katanya di media sosial. Tambah wanita itu, selama ini segala makan minum serta keperluan adiknya bersama isteri turut ditanggung sepenuhnya oleh dia dan suami. Namun pada hari kejadian dia cuba menasihati si adik supaya lebih berjimat cermat. Disebabkan tidak membenarkan keretanya dipinjam, mereka berdua bertengkar mulut sehingga dia diugut menggunakan pisau.
"Jadi kami bertengkar mulut, adik saya ambil pisau ugut nak bunuh saya. "Saya pegang anak kecil waktu itu... adik saya tumbuk saya sampai terjatuh dan tumbukan tu terkena sikit pada anak," ujarnya lagi. Ancaman dan keganasan yang dialami mendorong wanita ini melaporkan kejadian kepada pihak polis. Susulan daripada itu, adiknya ditahan untuk siasatan lanjut. Namun selepas perkara yang berlaku sampai ke pengetahuan keluarga, kedua-dua orang tua mereka mulai marah kepadanya dan meminta supaya laporan polis ditarik balik. "Adik saya penagih ketum... semasa polis buat tangkapan di depan rumah saya, dia sedang menunggu kepulangan saya dengan parang. "Saya nak tarik report sebab bergaduh dengan mak ayah saya dan isterinya sedang sarat hamil," tambahnya lagi. Lebih menyedihkan apabila ibu dan bapanya bukan sahaja tidak bimbang dengan keadaannya malah sanggup berhabis duit untuk membayar ikat jamin bagi membolehkan si adik keluar daripada lokap. Ibu dan bapanya kini berjanji untuk menyara adiknya bersama isteri dan anak yang bakal lahir nanti. "Mereka nak sara isteri, cucu dan anak di rumah mereka sendiri serta berjanji nak carikan kerja untuk adik. "Saya kira-kira dengan suami, kalau masuk penjara pun tak lama dalam setahun dua sahaja tapi mak ayah saya berkata adik akan berubah... kalau tak sekarang mungkin berubah apabila mereka meninggal dunia nanti. "Mereka tak beri peluang langsung untuk adik tinggal sendiri dan berdikari dengan isteri serta masih menganggap adik sebagai anak kecil," luahnya lagi Malah dakwa wanita ini lagi, ketagihan adiknya tidak akan berubah kerana bapa mereka juga turut mengambil minuman terlarang itu. Dia juga sudah biasa melihat perabot rumah mahupun kenderaan yang dirosakkan disebabkan ketagihan tersebut. "Saya percaya adik tak akan berubah sebab ayah saya pun minum ketum juga. Mengamuk pecah barang rumah, kereta dan motor sudah jadi suatu kebiasaan. "Sebagai kakak, saya dah buat yang terbaik untuk ubah keluarga tapi sebaliknya macam-macam dipersalahkan. "Saya turutkan adik tinggal dengan saya sebab nak jaga aib keluarga sebab isterinya hamil," katanya. Bimbang keselamatannya bersama anak dan suami, wanita ini mengambil langkah menjarakkan dirinya daripada keluarga. Dia juga enggan pulang ke kampung halaman kerana berasa tawar hati dan kecewa dengan situasi yang berlaku. Perkongsiannya di Facebook mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menyokong tindakan yang dibuat. "Jangan jadi b***h dengan tarik report. Biar saja, itu jalan yang terbaik... nak sampai puan atau ada yang mati dulu ke? "Awak dah cukup baik bagi adik tumpang rumah... siap suami awak tanggung makan dia dan isteri. Tapi sayangnya dia tak ada hormat pada awak sebagai tuan rumah, lagipun jangan sebab ini awak dengan suami pula bermasalah. "Setakat ini, itu adalah jalan yang terbaik saudari telah lakukan. Jangan rasa bersalah hanya kerana tekanan daripada pihak ibu bapa," ujar beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
_blackbird replied at 9-10-2023 05:14 PM
seteruk mcm tu ke ketagih ketum... ermmm selalu ketagih gum / dadah yg perangai gituh. jarang dengar ...
kelip2_07 replied at 9-10-2023 05:17 PM
dh cmpr ubt batuk kot..tu yg lain mcm
kelip2_07 replied at 9-10-2023 09:17 AM
dh cmpr ubt batuk kot..tu yg lain mcm
amyza replied at 10-10-2023 07:58 AM
Org malas keje ni memang sampai bila² lah malas sbb ada yg ngok pegi tanggung konon baik hati & har ...
_blackbird replied at 9-10-2023 05:41 PM
mungkin juga kot
ADVERTISEMENT