View: 2238|Reply: 25
|
Adik Kaki Ketum Mengamuk Tumbuk Kakak Dan Anak Buah! Mak Ayah Tetap Sayang, Sanggup Berhabis Bayar Ikat Jamin
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menerima ugutan mengancam nyawa daripada adik kandungnya sendiri.
Ia berpunca apabila dia tidak membenarkan adiknya menggunakan kereta untuk pulang ke kampung bersama isteri yang sedang hamil.
"Saya duduk serumah dengan adik dan isterinya. Kami bergaduh berpunca daripada adik yang nak pakai kenderaan saya untuk balik ke kampung bersama isteri.
"Dia menganggur dan isterinya sedang sarat hamil. Saya nasihatkan dia berjimat dan jangan asyik nak balik ke kampung atau berjalan kerana dia tidak bekerja," katanya di media sosial.
 Gambar Hiasan
Tambah wanita itu, selama ini segala makan minum serta keperluan adiknya bersama isteri turut ditanggung sepenuhnya oleh dia dan suami.
Namun pada hari kejadian dia cuba menasihati si adik supaya lebih berjimat cermat.
Disebabkan tidak membenarkan keretanya dipinjam, mereka berdua bertengkar mulut sehingga dia diugut menggunakan pisau.
"Jadi kami bertengkar mulut, adik saya ambil pisau ugut nak bunuh saya.
"Saya pegang anak kecil waktu itu... adik saya tumbuk saya sampai terjatuh dan tumbukan tu terkena sikit pada anak," ujarnya lagi.
Ancaman dan keganasan yang dialami mendorong wanita ini melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Susulan daripada itu, adiknya ditahan untuk siasatan lanjut.
Namun selepas perkara yang berlaku sampai ke pengetahuan keluarga, kedua-dua orang tua mereka mulai marah kepadanya dan meminta supaya laporan polis ditarik balik.
"Adik saya penagih ketum... semasa polis buat tangkapan di depan rumah saya, dia sedang menunggu kepulangan saya dengan parang.
"Saya nak tarik report sebab bergaduh dengan mak ayah saya dan isterinya sedang sarat hamil," tambahnya lagi.
Lebih menyedihkan apabila ibu dan bapanya bukan sahaja tidak bimbang dengan keadaannya malah sanggup berhabis duit untuk membayar ikat jamin bagi membolehkan si adik keluar daripada lokap.
Ibu dan bapanya kini berjanji untuk menyara adiknya bersama isteri dan anak yang bakal lahir nanti.
"Mereka nak sara isteri, cucu dan anak di rumah mereka sendiri serta berjanji nak carikan kerja untuk adik.
"Saya kira-kira dengan suami, kalau masuk penjara pun tak lama dalam setahun dua sahaja tapi mak ayah saya berkata adik akan berubah... kalau tak sekarang mungkin berubah apabila mereka meninggal dunia nanti.
"Mereka tak beri peluang langsung untuk adik tinggal sendiri dan berdikari dengan isteri serta masih menganggap adik sebagai anak kecil," luahnya lagi
Malah dakwa wanita ini lagi, ketagihan adiknya tidak akan berubah kerana bapa mereka juga turut mengambil minuman terlarang itu.
Dia juga sudah biasa melihat perabot rumah mahupun kenderaan yang dirosakkan disebabkan ketagihan tersebut.
"Saya percaya adik tak akan berubah sebab ayah saya pun minum ketum juga. Mengamuk pecah barang rumah, kereta dan motor sudah jadi suatu kebiasaan.
"Sebagai kakak, saya dah buat yang terbaik untuk ubah keluarga tapi sebaliknya macam-macam dipersalahkan.
"Saya turutkan adik tinggal dengan saya sebab nak jaga aib keluarga sebab isterinya hamil," katanya.
Bimbang keselamatannya bersama anak dan suami, wanita ini mengambil langkah menjarakkan dirinya daripada keluarga.
Dia juga enggan pulang ke kampung halaman kerana berasa tawar hati dan kecewa dengan situasi yang berlaku.
Perkongsiannya di Facebook mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menyokong tindakan yang dibuat.
"Jangan jadi b***h dengan tarik report. Biar saja, itu jalan yang terbaik... nak sampai puan atau ada yang mati dulu ke?
"Awak dah cukup baik bagi adik tumpang rumah... siap suami awak tanggung makan dia dan isteri. Tapi sayangnya dia tak ada hormat pada awak sebagai tuan rumah, lagipun jangan sebab ini awak dengan suami pula bermasalah.
"Setakat ini, itu adalah jalan yang terbaik saudari telah lakukan. Jangan rasa bersalah hanya kerana tekanan daripada pihak ibu bapa," ujar beberapa warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun iols meluat dgn berita luahan hati dekat CI, kau lantakkan mak ayah kau dah la walaupun kau pun bodoh pergi tanggung adik kau pada mulanya. Biar mak bapak kau pulak kena parang |
|
|
|
|
|
|
|
Yang lagi heran dah tau penagih tak retincari duit lagi nak kawin.. nanti anak ikut macam bapak.. vicious cycle |
|
|
|
|
|
|
|
seteruk mcm tu ke ketagih ketum... ermmm selalu ketagih gum / dadah yg perangai gituh. jarang dengar penagih ketum & ganja buat perangai buang tebiat ginih |
|
|
|
|
|
|
|
dh cmpr ubt batuk kot..tu yg lain mcm 
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin juga kot 
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm masyarakat, mesti ada manusia sampah...ini biasa di mana2 negara di dunia |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 sekarang minum ketum bukan setakat ketum je..
tp dah campur mcm2, ubat batuk la air coke la..
konon nk bg khayal..
tu yg ketagih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Minom ketom boleh ganas ginik ker?
Hengatkannn mkn pil kuda kuu larik gagah berani yg ganas cenggini?
Bukan ker biasanyer bukan ambil sejenis jer? Mana tauk ada yg lain ke  |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lak yg sanggup jadi bini adik dia ni.. Menganggur pun mampu berkawen.
Cian anak dlm kandungan. Tabah la nak oii. |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan kes macam ni, mesti makpak penagih tu bekap anak...tu yg menjadi2 si penagih itu |
|
|
|
|
|
|
|
So far tengok ketagih yg campur ubat batuk tu takde pon mengganas. Sbb ada family member & kawan2 yg ketagih jugak. Penah tgk org kampung mengganas pon sbb pekena ice. Ketum dgn decodine ni tak penah lg. Dorang lagi sibuk nak membuta jurrr...Tapi kalau iolls ada kuasa, mmg iolls nak laknat peminum ketum campur ubat batuk & air gas ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
dek, ko lantak mamposkan aje adik ko tu dengan mak ayah ko… pastu ko and putuskan hubungan kejap… biar makhapak enabler ko tu yang settle… takyah sibuk risaukan adik ipar tu sebab gigih mengandung walau tau toklaki penganggur kaki ketum… run dek… run… fikir je suami n anak2 ko… |
|
|
|
|
|
|
|
Paling top campuran ketum skang mountain dew pitch black. Sampai abis stock setengah tempat tu dek penangan kaki ketum ni. Ada group fb ketum msia mcm2 org ada dlm tu smpai doktor n pensyarah pun ada berkongsi resepi campuran n cara merebus ketum paling kaw |
|
|
|
|
|
|
|
Org malas keje ni memang sampai bila² lah malas sbb ada yg ngok pegi tanggung konon baik hati & harap berubah jadi rajin keje. Memang tak laa, dah sedap dpt free tak payah keje kot. Baik relax² layan bini sampai bunting, nanti ada org tanggung semua. Buat pe nak susah² cari keje. |
|
|
|
|
|
|
|
I tau ada org tanam daun ketum utk jual. Tp sorok² dgn tanaman sayur. illegal ke? Customer dia pun polis,askar bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
ini namanya anak drpd neraka!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dan selalunya jenis mcm tu adanak berderet nanti,kesian kat anak bini la
|
|
|
|
|
|
|
|
dgr cmpr ubt nyamuk pn ade..gilerrr 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|