CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sewa Kondo Di Johor Bahru Cecah RM5,000 Sebulan

9-10-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2364| Komen: 25

KUALA LUMPUR: Berbanding RM2,500 sebelum ini, kadar sewa sesetengah kondominium di Johor Bahru meningkat setinggi RM5,000 sebulan  selepas sempadan dibuka semula.

Penganalisis RHB Research, Loong Kok Wen, berkata beberapa pengendali Airbnb turut menyatakan bahawa kadar penghunian untuk unit-unit di bawah pihak pengurusan meningkat kepada purata 70 peratus hingga 80 peratus setakat ini.


Beliau berkata, berdasarkan perbualan pihaknya dengan penduduk tempatan, didapati bahawa bilangan pengunjung dari Singapura meningkat dengan ketara, terutamanya apabila sempadan Singapura dan Malaysia dibuka semula selepas pandemik pada April 2022.

Foto: Berita Harian

Malah, katanya, ejen hartanah menerima semakin banyak pertanyaan daripada bakal pembeli dari Singapura.

Tambahnya, selain pembelian barang runcit, segmen lain yang merekodkan perbelanjaan besar termasuklah makanan dan minuman (F&B), kesejahteraan kesihatan dan kecantikan serta penyelenggaraan kereta.


"Kami juga dapati bahawa kadar sewaan bulanan bagi sesetengah kondominium di pusat bandar telah mula meningkat kepada RM5,000 seunit daripada RM2,500, apabila sempadan dibuka semula, mencecah paras kadar sewaan di pusat bandar Kuala Lumpur," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Kok Wen berkata, kunjungan beliau ke Johor baru-baru ini juga mengukuhkan lagi keyakinan terhadap pasaran hartanah Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, projek yang berhampiran dengan Sistem Transit Laju (RTS) patut terus menerima permintaan yang kukuh, dan kuasa perbelanjaan pengguna yang dipacu oleh dolar Singapura dijangka akan memberi kesan limpahan terhadap syarikat-syarikat runcit, hospitaliti dan hartanah di luar pusat bandar pada masa hadapan.

Katanya, pembangunan pemangkin lanjut mungkin menumpu pada kawasan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

"Semasa pertemuan kami, Ahli Majlis Eksekutif Negeri Johor untuk pelaburan, perdagangan dan hal ehwal pengguna, Lee Ting Han menyatakan bahawa zon kewangan khas Johor-Singapura mungkin membabitkan beberapa sektor tertentu, dan terma rujukan yang akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pada akhir bulan ini oleh pemimpin kedua-dua negara ini seharusnya memudahkan perbincangan lanjut mengenai kerjasama.

"Lee (Ting Han) percaya Johor adalah penerima manfaat daripada perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China, kerana beliau menerima minat yang kukuh daripada syarikat-syarikat multinasional (MNC) sejak sempadan dibuka semula.

"Perkhidmatan laluan pantas telah memudahkan kemasukan syarikat-syarikat dalam sektor ekonomi digital, farmaseutikal, elektrik & elektronik (E&E), EMS, bahan kimia & petrokimia dan aeroangkasa," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 9-10-2023 03:38 PM
Jaybee akan dijajah Singapura tidak lama lagi.
Quote green~tea 9-10-2023 03:43 PM
Wow best nya kos sara hidup kat jaybee skang
Quote iolss 9-10-2023 05:55 PM
baik beli je dr sewa byr byk tu
Quote ina_na 9-10-2023 06:03 PM
Johor ni mn de murah..contoh kwsn perumahan rumah aku ni dah usia 20thn pun setenggah juta gak...beza rumah baru setenggah juta setingkat,yg lama 2tingkat..Kalo yg tgh2 construction tu jgn kata la...takut tgk..Kalo btl thn depan thn kegelapan sape la yg akan bl rumah2 ni..PRC lg ke...kwsn aku ni rumah mewah klauster murah skt dr Florest city..jgn la geng2 PRC beli sini... terbulu2 nanti
Quote hyie 9-10-2023 06:11 PM
bosannya duduk jb, bukan ada apa sangat pon, masuk jb je rasa bosan, tak macam kl n penang.
Quote jiwasemangat 9-10-2023 06:23 PM
Habis tuu.. pass nie, harga beras akan jatuh kaw kaw kerrrrr..?
* tanya jerr.
Quote antikorok 9-10-2023 08:34 PM
Ummah Singapura-pura tersenyum sinisss sambil beli rumah jota2 lemon di Jaybeh manakala ummah tanah ayer hanya mampoo telan liuq jah tengok rega rumah hanya mampoo tengok hanya mampoo verangan jahhh....
Quote antikorok 9-10-2023 08:40 PM
Edited by antikorok at 9-10-2023 08:43 PM

Forest City yg dinobatkan salah satu projek mega paling tak berguna di donia tersengih kelat sambil meratab hiba rega rumah tak laku sambil mengipas2 nyamok yg jadikan tempat itu sebagai sarang pembiakan kerna populasi ummah tak sampai 500 jahh yg dudok antara ratos riban rumah yg megah berdiri padat yakmat serope Hong Kong wannabe itu

[youtube]9KFJwVD8Diw[/youtube]




Quote jfq 9-10-2023 09:13 PM
Sebab tu rega menu seafood pun boleh cecah rm1200
Quote sharlenetexas 9-10-2023 09:14 PM
Kondo datin halimah tu dah nmpk buruk ke? Ke maintenance tiptop?

Quote mh17 10-10-2023 12:11 AM
venom1: Jaybee akan dijajah Singapura  ...
apo,lama dah kena jajah..semak di sana sni
Quote mh17 10-10-2023 12:12 AM
jfq replied at 9-10-2023 09:13 PM
Sebab tu rega menu seafood pun boleh cecah rm1200

Kah,kat situ rege nasib2..dia je salah msuk kdai jerung..mjur aku tak pnh msuk gerai ni..
Quote mh17 10-10-2023 12:14 AM
hyie replied at 9-10-2023 06:11 PM
bosannya duduk jb, bukan ada apa sangat pon, masuk jb je rasa bosan, tak macam kl n penang.

Ko je ta ada life kat jb...byak je tempat menarik kt sini.standby fulus aje..hahaha
Quote brego 10-10-2023 12:53 AM
Edited by brego at 10-10-2023 12:55 AM

ok la tu.
kondo kat JB tu bukan utk worang msia pun
buat utk org luar sewa
Quote brego 10-10-2023 12:54 AM
mh17 replied at 10-10-2023 12:14 AM
Ko je ta ada life kat jb...byak je tempat menarik kt sini.standby fulus aje..hahaha

takde hape pun jb
bangunan terbengkalai banyak ler

pi sana tanya orang jb apa yang menarik
dia sendiri pun tak tahu
setakat mall & tempat makan
apa kejadah yg menarik nya
Quote ninja boy 10-10-2023 08:06 AM
Kesian jajahan sedikit demi sedikit
Quote Burong_Hantuk 10-10-2023 08:07 AM
harga kos idup standard utk apek2 kat forest city
Quote otai_g 10-10-2023 08:11 AM
Penjajahan alaf baru. SG tu da padat sgt dah so nak bernafas beli la rmh n stay la dkt jb ni. Brg pun murah. Apa lg mau
Quote lurve82 10-10-2023 08:45 AM
mahalnye..mmg target org yg keje SG atau org SG sendiri...klu tny student2 aku yg org jb pun semua nak keje dkt SG...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.341480 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top