CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Dokumen

8-10-2023 10:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1066| Komen: 4

Johor Bahru: Jabatan Imigresen (JIM) Johor telah menumpaskan sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan khidmat pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang didalangi warga Bangladesh.


Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, sindiket itu berjaya ditumpaskan dengan penahanan enam individu melibatkan lima warga Bangladesh dan seorang warga Nepal.

JIM Johor menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen melibatkan warganegara asing menerusi serbuan dijalankan di Gelang Patah, Khamis lalu.

Menurut beliau, salah seorang daripada warga Bangladesh itu juga merupakan pemegang taraf Penduduk Tetap.

“Operasi itu dijalankan di sebuah premis Gelang Patah, pada pukul 4.50 petang, Khamis lalu ekoran maklumat awam dan juga hasil risikan yang dijalankan Unit Tindakan dan Operasi, sepasukan Pegawai Imigresen dari Bahagian Penguatkuasa JIM Johor.


“Seorang warga Bangladesh dipercayai menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan, tiket penerbangan, e-visa dan khidmat pendaftaran Program RTK 2.0 serta PLKS. Sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu dan telah mengaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut merampas empat pasport India, satu komputer, satu mesin pencetak, enam telefon bimbit, satu set salinan dokumen perjalanan dan permit disyaki palsu serta wang tunai berjumlah RM320.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Manakala seorang warga Bangladesh berstatus Penduduk Tetap ditahan di bawah Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 ( Akta 155 ) kerana melindungi warga asing,” ujarnya.

Baharuddin turut menggesa orang awam agar menyalurkan aduan dan maklumat berkaitan warga asing kepada pihak berkuasa.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 8-10-2023 11:22 PM
Edited by Skuau at 8-10-2023 11:27 PM

...Malezia boleh la abang,kakak...lagi 500k bila mau angkat mari lagi...kita bangla sudah banyak besar sini Malezia..ini Malezia sikit jam bangla punya la..hidup bangla-Abangla
Quote Manjahati 8-10-2023 11:27 PM
Makin berleluasa dorang ni
Quote suri33 9-10-2023 07:33 AM
Not surprising. Pernah tahu dari cleaner2 bangunan ni. Buat doc palsu bayar je RM100. Sesama org dia jgk yg collect duit ni. Bos-bos bukan tak tahu tp masyuk la bayar murah2 dorg ni sbb levi apa semua tak payah bayarkan.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.038627 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top