Pelakon Dayana Roza berkongsi khabar gembira memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 32, berkata dia mengambil masa selama enam bulan untuk merahsiakan jantina anak keduanya itu.
"Alhamdulillah... Alhamdulillah, ia anak lelaki. "Enam bulan bersabar suruh doktor rahsiakan jantina, sekarang rasa lega sangat," katanya. Dayana yang sarat hamil berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan sekitar majlis pengumuman jantina atau gender reveal pada Sabtu. Menerusi perkongsian itu juga dapat dilihat Dayana sebak dan menyapu air mata di pipi. Kata Dayana, dia telah lama mahukan anak lelaki dan kini impiannya itu hampir tercapai. Di kesempatan itu juga, dia berharap agar orang sekeliling termasuk peminatnya mendoakan urusan kelahiran dan membesarkan anaknya dipermudahkan.
|
ADVERTISEMENT