CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1131|Reply: 2

“Dari Dulu Teringin Anak Lelaki” - Dayana Roza

[Copy link]
Post time 8-10-2023 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Dayana Roza berkongsi khabar gembira memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.


Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 32, berkata dia mengambil masa selama enam bulan untuk merahsiakan jantina anak keduanya itu.






"Alhamdulillah... Alhamdulillah, ia anak lelaki.


"Enam bulan bersabar suruh doktor rahsiakan jantina, sekarang rasa lega sangat," katanya.


Dayana yang sarat hamil berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan sekitar majlis pengumuman jantina atau gender reveal pada Sabtu.


Menerusi perkongsian itu juga dapat dilihat Dayana sebak dan menyapu air mata di pipi.


Kata Dayana, dia telah lama mahukan anak lelaki dan kini impiannya itu hampir tercapai.


Di kesempatan itu juga, dia berharap agar orang sekeliling termasuk peminatnya mendoakan urusan kelahiran dan membesarkan anaknya dipermudahkan.


  



"Dari dulu teringin nak anak lelaki. Alhamdulillah sekarang dah boleh beli baju dinasour.


"Saya nak mintak semua kawan-kawan, keluarga dan pengikut saya doakan semoga baby AA sihat sempurna.


"Jadi anak yang soleh, hormat orang, berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan segalanya sehingga saat melahirkan," ujarnya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan juga rakan artis mengucapkan tahniah kepada Dayana dan suaminya.


Malah mereka juga berseloroh agar pelakon itu sudah boleh berehat memandangkan telah memiliki dua cahaya mata.


"Tahniah! Dah sepasang. Lepas ini boleh tutup kilang.


"Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti patutlah berseri semacam rupanya baby boy!" antara komen netizen.


Untuk rekod, Dayana mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Astrid Raheeya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
semangat nyeh anak nyeh…..
selamat bersalin
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 09:29 AM | Show all posts
rajin jugak sheols beranak ye...untungla sheols kwin orka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.180704 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list