CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

IU Terima Ancaman Bunuh, Pihak Pengurusan Tambah ‘Bodyguard’

7-10-2023 02:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9631| Komen: 7

Pelakon dan penyanyi IU dilaporkan menerima ancaman bunuh yang menakutkan.


Allkpop melaporkan, syarikat pengurusan pelakon berkenaan iaitu EDAM Entertainment telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.



Wakil syarikat pengurusan itu juga sudah meminta pihaknya untuk memberi pengawasan ketat terhadap IU termasuk menambah bilangan pengawal keselamatan.

"Baru-baru ini, tahap keganasan yang berlaku terhadap IU telah melampui batas. IU menerima ancaman bunuh dan kami sudah menghantar pihak berkuasa untuk mengawasi bangunan EDAM Entertainment, bangunan Kakao Entertainment dan kediamannya.


"IU kini sedang sibuk dengan jadual penggambaran dan pihak berkuasa sudah membuat siasatan dan mengesahkan bahawa semuanya berada dalam keadaan selamat.


"EDAM akan terus mengambil langkah tambaha dengan menambah bilangan pengawal keselamatan untuk artis berkenaan," katanya.


Disebabkan insiden yang berlaku, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat dan boleh mencetuskan perhatian negatif terhadap keselamatan pelakon drama Hotel Del Luna itu.


Bagaimanapun, pihak EDAM mengambil langkah untuk memaklumkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kelak.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 7-10-2023 12:24 PM
comel cantik talented gini pun napa da nk bunuh ek
dia ni xde pakwe kah?
Quote pwincezboom 7-10-2023 04:48 PM
airmineral replied at 7-10-2023 12:24 PM
comel cantik talented gini pun napa da nk bunuh ek
dia ni xde pakwe kah?

lah pakwe dia Lee Jong Suk... mmg peminat jong suk ni yg ugut2 dia.
Quote borrow 8-10-2023 08:14 AM
pwincezboom replied at 7-10-2023 04:48 PM
lah pakwe dia Lee Jong Suk... mmg peminat jong suk ni yg ugut2 dia.

lor. Psikonya karat LJS.
Quote pwincezboom 8-10-2023 12:42 PM
borrow replied at 8-10-2023 08:14 AM
lor. Psikonya karat LJS.

Korea & china mmg obsessed giler dgn idol/celeb diorg. Sebab tu xleh ada news dating, scandal etc, mmg ada yg anti dgn ship tu. Scary weh fans belah sana.. xmcm belah kita sini.. terutama thai termasuk reporter pun support.
Quote zuuu 8-10-2023 07:40 PM
pwincezboom replied at 7-10-2023 04:48 PM
lah pakwe dia Lee Jong Suk... mmg peminat jong suk ni yg ugut2 dia.

Aq ingatkan stakat khabar angin je,dyorg mmg couple betul2 ke???
Quote borrow 8-10-2023 10:30 PM
pwincezboom replied at 8-10-2023 12:42 PM
Korea & china mmg obsessed giler dgn idol/celeb diorg. Sebab tu xleh ada news dating, scandal etc, ...

sini siap berlakon kapel haha.
Quote A-Are 9-10-2023 10:40 AM
lawanya IU

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.267537 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top