CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tiada Perlindungan Insurans, Marshanda ‘Struggle’ Cari Duit Ubati Kanser

7-10-2023 02:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9864| Komen: 2

Description: Berdepan dugaan menghidap kanser payudara sebelum ini, penyanyi Marshanda mendedahkan turut melalui fasa sukar daripada segi kewangan.Menurut Marshanda atau Andriani Marshanda, 34, dia terpaka menangg ...
Berdepan dugaan menghidap kanser payudara sebelum ini, penyanyi Marshanda mendedahkan turut melalui fasa sukar daripada segi kewangan.

Menurut Marshanda atau Andriani Marshanda, 34, dia terpaka menanggung hutang tinggi bagi membiayai kos perubatan sebelum disahkan bebas dari penyakit tersebut.



Katanya juga dia tidak memiliki sebarang skim perlindungan kesihatan atau insurans kerana sebelum ini pernah didiagnos meghidap bipolar.

"Saya ada masalah bipolar dan sebab itu syarikat insuran tidak terima klien yang mempunyai masalah mental.

"Saya juga tidak punya wang sendiri yang terlalu banyak sedangkan kos perubatan sangat tinggi," katanya seperti yang dipetik dari Suara.

Awal Oktober lalu, Marshanda berkongsi berita gembira dirinya kini bebas kanser selepas dua tahun bertarung melawan penyakit itu.

Tambahnya lagi dia kini sudah berkemampuan untuk membayar kembali hutang pinjaman yang dibuat setelah kembali menerima tawaran kerja.


"Syukur hutang sebelum ini sudah boleh dibayar. Sebelum ini saya tidak sihat dan tak boleh bekerja. Lebih banyak masa dihabiskan untuk rehat.

"Sekarang tawaran kerja semakin banyak. Syukur rezeki berjalan lancar dan boleh bayar hutang," ujarnya.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iolss 10-10-2023 02:06 PM
semoga sihat2 baik2 shja utk anda marshanda.
Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:43 PM
semoga dipermudahkan urusan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039199 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top