Datuk Ziela Jalil penat, bukan sekali dua, malah, sudah terlalu kerap beliau meluahkan perasaan apabila masih belum diberi rezeki menghasilkan drama bagi siaran stesen televisyen (TV), namun, hasilnya tetap sama.
Banyak kertas kerja yang dihantar, tapi tiada satu pun naskhah yang 'tersangkut' atau diluluskan untuk digerakkan proses penerbitannya. "Buat sementara waktu ini, saya tak mahu fikir soal itu (terbit drama). Saya hanya mahu menjalani kehidupan hari ini untuk hari ini tanpa perlu fikir apa yang akan berlaku esok. "Saya hanya mahu hidup dengan aman. Segala perasaan sedih dan kecewa sudah saya buang jauh. Apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan, saya hanya bertawakal pada Yang Maha Esa. "Biarlah Allah yang atur segala-galanya. Dunia hari ini sudah cukup memberi bebanan dan saya tak mahu menambahkan lagi tekanan dengan perkara yang boleh mengusutkan fikiran," katanya kepada Harian Metro.
|
edoraixora replied at 6-10-2023 08:54 PM
Pergi lah mintak maaf kat sesiapa yg masa kau tengah kencang bebisnes dulu, kau teraniaya or berbuat ...
LembingDayanti replied at 6-10-2023 06:05 PM
u kan bff ummi flowerhorn orang atok mesti la dia org tak kasi takkan la benda ni pun nak kena ajor
heythere123 replied at 6-10-2023 11:31 PM
mohon spill kaka pelakon mana kalau ingat. Bagi hint pon boleh, nanti iols gugel
Pak.dolla replied at 7-10-2023 08:40 AM
kazen aku kerap jgk jumpa acik ni dgn laki dia kat mesejid...baru² kazen aku terjumpa lg kat surau ...
edoraixora replied at 7-10-2023 10:05 AM
Pelakon muda...pas kes tu, jarang dah nmpak budak tu berlakon
Hafeez mikael ke namanya x silap
ADVERTISEMENT