CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13031|Reply: 50

Satu Pun Drama Tak Sangkut, Syarikat Ziela Jalil Disabotaj?

[Copy link]
Post time 6-10-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Ziela Jalil penat, bukan sekali dua, malah, sudah terlalu kerap beliau meluahkan perasaan apabila masih belum diberi rezeki menghasilkan drama bagi siaran stesen televisyen (TV), namun, hasilnya tetap sama.


Banyak kertas kerja yang dihantar, tapi tiada satu pun naskhah yang 'tersangkut' atau diluluskan untuk digerakkan proses penerbitannya.


Foto: IG




"Buat sementara waktu ini, saya tak mahu fikir soal itu (terbit drama). Saya hanya mahu menjalani kehidupan hari ini untuk hari ini tanpa perlu fikir apa yang akan berlaku esok.


"Saya hanya mahu hidup dengan aman. Segala perasaan sedih dan kecewa sudah saya buang jauh. Apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan, saya hanya bertawakal pada Yang Maha Esa.


"Biarlah Allah yang atur segala-galanya. Dunia hari ini sudah cukup memberi bebanan dan saya tak mahu menambahkan lagi tekanan dengan perkara yang boleh mengusutkan fikiran," katanya kepada Harian Metro.




  



Kali terakhir produksi milik Ziela menghasilkan karya adalah menerusi drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku.


Ditanya apakah situasi sukar yang dihadapinya ada kaitan dengan sabotaj mana-mana pihak, Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil, enggan bersangka buruk, sebaliknya, menyifatkannya sebagai bukan rezeki.




  



"Saya tak hendak sentuh atau cakap mengenai perkara itu (sabotaj). Saya anggap belum rezeki. Situasi ini mengingatkan saya kepada pesanan seorang agamawan.


"Katanya, kalau hendakkan sesuatu, mintalah dengan Allah. Jangan berharap pada makhluk kerana kalau permintaan itu tidak ditunaikan, kita akan kecewa," katanya.


Mengulas dakwaan syarikat produksinya 'gulung tikar' selepas sudah lama tidak lama beroperasi, Ziela menafikan perkara itu.


  



"Syarikat itu masih ada, cuma ia tidak berfungsi kerana tidak ada aktiviti penggambaran yang dilakukan sejak lima tahun lalu.


"Buat masa ini, saya tidak ada perancangan menerbitkan drama.


"Fokus saya ketika ini adalah untuk keluarga. Lebih kurang sebulan dari sekarang, saya akan pergi menziarah anak bongsu saya, Ibrahim yang belajar agama di Yaman.


"Saya akan ke sana bersama anak lelaki dan suami.


  



"Sekembalinya ke Malaysia tahun depan, saya akan buat apa-apa kerja yang patut sebelum kembali ke Yaman pada Ramadan. Selepas itu, saya akan ke Ireland, untuk ziarah anak perempuan, menantu dan cucu di sana.


"Hanya selepas itu barulah saya fikirkan mengenai hala tuju serta masa depan produksi ini. Buat masa ini, saya hanya mahu tenang-tenang sahaja dan jalani kehidupan seharian dengan sebaiknya."


Terdahulu, menerusi temu bual bersama sebuah portal, Ziela berkongsi kekecewaan apabila kurang mendapat tawaran menerbitkan drama daripada stesen TV, sejak lima tahun lalu.


Terkilan dengan sikap stesen yang seakan tidak menghargai hasil kerja syarikatnya itu, Ziela mengambil keputusan untuk menghentikan seketika operasi Pena Creative Pictures.


  



Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan melalui filem komedi, Mr Os arahan AR Badul pada 1987.


Pernah membintangi filem kerjasama dengan penerbit Indonesia seperti Tarzan Rimba, Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 06:05 PM | Show all posts
u kan bff ummi flowerhorn orang atok mesti la dia org tak kasi takkan la benda ni pun nak kena ajor
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak dia gaduh dgn peguam tu terus cm takde drama keluaran dia kn

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik rimba ni bermadu ke bolot sorang laki tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Makbul doa bini tua
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tutup la sikit tek tu
letih nengok dari zaman rimba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi lah mintak maaf kat sesiapa yg masa kau tengah kencang bebisnes dulu, kau teraniaya or berbuat zalim kt org ke...eh tiberrr

Bukan apa, tiba2 teringat yg dia boikot sorang pelakon lelaki ni dulu, sebab pelakon tu ada bersuara pasal produksi dia lambat bayar pelakon tu...masa tu bolehlah nak berlagak kan tengah kencang. Agaknya sekarang mesti pelakon tu gelak sinis je sesambil memadankan muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskin sangat ke nak hadap kerja lagi dah tua2 gitu pun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kabel dah tak cekang ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 6-10-2023 08:54 PM
Pergi lah mintak maaf kat sesiapa yg masa kau tengah kencang bebisnes dulu, kau teraniaya or berbuat ...

mohon spill kaka pelakon mana kalau ingat. Bagi hint pon boleh, nanti iols gugel
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
LembingDayanti replied at 6-10-2023 06:05 PM
u kan bff ummi flowerhorn orang atok mesti la dia org tak kasi takkan la benda ni pun nak kena ajor

Akak dia aktif je produce drama. Takde sapa sekat pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kazen aku kerap jgk jumpa acik ni dgn laki dia kat mesejid...baru² kazen aku terjumpa lg kat surau sg penchala...
kazen aku kata dia x pernah tgur pun mkcik ni kalau jumpa....aku tanya y? kazen aku kata sbb dia kwin suami org...hahaha...sabor je la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr zaman muda dh jd social climber, drpd orang kampung SRP xlepas tup2 jd artis majalah, blakon sikit2, alih2 kawin menteri jd bini no. 2, mingle around dgn kerabat2 dan tau2 dapat jadi Dato pastu caras lagi laki org. Semuanya bermodalkan aset tersembul2 tu jer xperlu sekolah tinggi2. Tp bumi ini bulat sis, xselamanya ko berada di atas apatah lg jika banyak hati yang kau dh sakiti semata2 nak materialize kan impian kau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 6-10-2023 11:31 PM
mohon spill kaka pelakon mana kalau ingat. Bagi hint pon boleh, nanti iols gugel

Pelakon muda...pas kes tu, jarang dah nmpak budak tu berlakon
Hafeez mikael ke namanya x silap
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by olaklempit at 7-10-2023 11:01 AM
Pak.dolla replied at 7-10-2023 08:40 AM
kazen aku kerap jgk jumpa acik ni dgn laki dia kat mesejid...baru² kazen aku terjumpa lg kat surau  ...


Macam kerap je laki baru dengan dia ? Kdg nampak is3 pertama post sedih2 kat ig....pompuan yg dah biasa bermadu deme tak hairan siapa jadi laki deme asalkan berduit kot. Kawan iols pun bermadu lepas kawin cerai berkali dan tak kisah jadi is3 ke berapa
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sekembalinya ke Malaysia tahun depan, saya akan buat apa-apa kerja yang patut sebelum kembali ke Yaman pada Ramadan. Selepas itu, saya akan ke Ireland, untuk ziarah anak perempuan, menantu dan cucu di sana."

Oklah tu nenek... Kasi can production lain mendonia..
Duit pun masih byk.. Anak2 di merata dunia. Enjoy saja life bersama suami jln2 tengok anak cucu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung banyak reta arwah suami tinggalkan dl..tgk best je leh jalan sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kaya kannn
Nak berebut rezki dengan penerbit lain kenapa
AAida tu elok aje buat drama
Erma tu pun nasib ada kabel besor
Janna dgn Cyst pun walau bukan bekas bini VVIP
Elok aje berjalan drama deme

Inilah manusia yang dah kaya
Tapi tak boleh nak terima orang lain punya rezki
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kaya..ape tk cukup lagi ke makcik?jgn tamak sgt ....duit byk2 pun bukan  boleh masuk kubo
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 7-10-2023 10:05 AM
Pelakon muda...pas kes tu, jarang dah nmpak budak tu berlakon
Hafeez mikael ke namanya x silap

ooo, budak tu rupanya. Thanks kaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.233042 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list