CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bengang Kereta Parkir Luar Pagar Rumah Kena Langgar, Dihentam Balik Oleh Netizen "Apa Guna Porch?"

6-10-2023 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9176| Komen: 61

PETALING JAYA – Seorang pemilik kereta kecewa apabila kereta yang diletakkan di hadapan rumah telah dilanggar lari oleh individu tidak dikenali tanpa sebarang permohonan maaf.

Di TikTok individu bernama Azlizan Hamizi, insiden itu turut menyebabkan dia perlu ke balai polis bagi membuat laporan.




“Parking depan rumah pun kena langgar. Yang langgar tolonglah ambil tanggungjawab.

“Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) ada, tidak pasal-pasal kena pergi balai polis buat laporan,” ujar Azlizan.


Bukan itu sahaja, Azlizan turut mempertahankan diri dengan berkata semua penduduk di sekitar kawasan perumahan itu meletakkan kenderaan di luar rumah.


Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemilik kenderaan kerana parkir di rezab jalan.


“Mengapa pemilik kereta tidak memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di garaj?” tanya bungamawar.

“Buat laporan polis, baru kita boleh tentukan siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang perlu disaman,” jelas seorang lagi yang menggunakan nama ballzer.

“Letak kereta di dalam garaj adalah pilihan yang lebih selamat daripada ambil risiko parkir di luar,” tambah Aiman Aizuddin.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-10-2023 12:16 PM
abis kalau satu jiran berak atas jalan, satu perumahan tu ikut berak atas jalan?
selayaknya la kena langgar..
ke sebenarnya nak tunjuk ada mustang?
Quote epullipan 6-10-2023 12:18 PM
padan muka kena langgar...majlis tak amik tindakan ke
Quote kepompong 6-10-2023 12:22 PM
ada byk negara, parking keta persendirian cuma boleh kat property sendiri aje, sendiri beli, sendiri bayar cukai tanah/harta tiap tahun...  Walaupun tetamu. tak tahu kenapa kat malaysia sukati tuan keta nak parking kat mana2 dia suka. & beli keta sebyk2 walaupun tk prepare nak parking keta kat mana
Quote little_sis 6-10-2023 12:29 PM
Area perumahan kawan aku mcm ni la.. Jd sempit jalan, sedangkan porch kosong je..
Quote Atata 6-10-2023 12:34 PM
Kelakar pula tgk semua sepakat park kereta kat luar. Mungkin semua nak porch lapang senang nak menyapu haha
Quote boongalalang 6-10-2023 12:42 PM
Ada porch tak guna, tak paham. Sebab nak senang keluar ke? Tutup pintu rumah terus naik kereta & drive? Kenapa tak buat pagar elektrik? Tekan button je settle.  
Quote sukacactus 6-10-2023 12:46 PM
Wah! Semua parking menegak gitu ye
Kete aku pun ada parking luar tp parking sisi btl2 dpn gate
Quote darkness 6-10-2023 12:48 PM
Kalau org makan taik, ko pun mkn taik. Garaj lebar depan rumah tu buat apa?
Quote SedihPedih 6-10-2023 12:54 PM
I pernah nk beli satu rumah dulu. Antara plus point pemaju letak, ruang depan pagar tu luas utk letak 2 kereta. Mcm taman org ni lah. I x beli pun rumah tu sb masa tu malas nk tgu 2 thn siap but kawan i beli. Mmg semua org kt taman tu park kt luar depan pagar tu.
Quote cmf_premierleag 6-10-2023 01:01 PM
Apa guna beli landed kalo x nak park keter dlm pagar rumah? Spesis dulu duk flat pprt pastu baru pestime duk landed ke cemana ni
Quote alieyrina 6-10-2023 01:02 PM
meluat masuk taman jadi sempit kiri kanan org park kereta. Memg tak lepas selisih

Ada cctv tu leh setel ka. Kreta kwn aku pecah masuk ada cctv takdak apa kesudahan pun. Padahal terang cctv siang hari
Quote Thunderclouds 6-10-2023 01:05 PM
Jiran aku kne gini la.
Mujur pikap tu gentle. Bertanggungjwp.
Mmg akusujud sukor time keta tu kna sodok
Aku nk kluaq masuk umah sendri asik thalang pandangan xnampak keta/moto lalu lalang.
Auto insap jiran aku tuh.
Ini kalo xinsap jgk lg selayaknya org p langgaq.
Porch umah aku semak yakmat yachh..
Keta sumbat suma,moto bsusun,basikal bsusun,ampai lg...hahaahhaa..etlis xganggu org kekdahnyaa
Quote exclusive_vvip 6-10-2023 01:07 PM
ni lah salah 1 punca i x berapa minat beli landed..walaupun org kata harga kondo sama harga rumah landed..malas hadap gini..awal2 perumahan baru siap nampak lawa la..lepas 5-6 tahun, 1 rumah smpi 4-5 bijik kete..jadi serabut nyer la nampak..
Quote umbut 6-10-2023 01:56 PM
Padan muka. Menyemak je yg suka parking kat luar ni. Rasakan. Dah tu menyibuk parking depan umah org
Quote Belibis 6-10-2023 02:27 PM
prettyuglybabe: abis kalau satu jiran berak at ...

Tu la sebenarnya..macam geng founder jer gayanya.
Quote tri-max 6-10-2023 02:28 PM
Rumah landed sibuk anjakkan porch utk besarkan ruang
last2 tmpt parking elek
da tu merempan sesak
beli rumah ratus ribu
benda simple pun jadi masalah
Quote hotmak 6-10-2023 02:49 PM
park dpn rumah sendiri tahan lah lg, walaupun sepatutnya ko parking dlm garaj

ada ni, rumah tgh renovate, tuannya tak duduk lg, ada bangsa2 sengkek tak mampu nak beli rumah ada parking besar, dok park dpn rumah org, sampai menyusahkan org lain nak keluar, tak faham kenapa kena simpan kereta byk2
Quote azimodin 6-10-2023 02:55 PM
Rumah aku pulak aku geram. Masa beli sales exec tu cakap confirm muat 2 sedan atau 1mpv+1compact. Bila dapat kunci terkaget. Memang boleh masuk 2 kereta tapi x boleh keluar dari kereta. Sempit ya amat. Ada jiran aku reno pecahkan rumah sampah baru muat 2-2 sedan dia. Rumah2 lain memang 1 kereta park kat luar.
Quote lattehazelnut 6-10-2023 02:59 PM
Menda ni mmg biasa kat kws t20 or b40, sama je perangai..
Kalau boleh nak extend sampai jalan raya..
Nak2 corner lot..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.081127 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top