CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Perempuan 8 Bulan Maut Dalam Kereta, Ibu Lupa Nak Hantar Pergi Taska

6-10-2023 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16704| Komen: 198

Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta di tempat letak kenderaan, Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, pada 5.53 petang, Pegawai Perubatan HCTM Cheras menerima laporan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri dari tempat letak kenderaan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada hari sama.

Gambar Hiasan

"Hasil siasatan awal mendapati pada 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri dalam kereta untuk dihantar ke taska.

"Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan mangsa sudah dihantar ke taska," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam berkata, ibu mangsa yang juga seorang doktor di hopsital tersebut hanya menyedari mangsa masih berada dalam keretanya pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska.


"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-10-2023 11:37 AM
Edited by dua_chzy at 6-10-2023 03:39 AM

Tak nak kecam sebab kesian. Empati aku tinggi lak hari ni.

Cer fikir - apsal selalu mak2 yang kuar berita lupa anak dalam kereta sampai mati la lemas la, di tanahair? Jarang dengar bapak2 ada kes sebegini?

Something to ponder?
Quote tri-max 6-10-2023 11:38 AM
lupa tahap teruk mak dia ni
tp mungkin selective dementia
pasal kerja elok pulak kau ingat
pasal anak boleh pulak kau lupa letak kat mana
kesian baby tu, lahir kat dunia tak dapat nak pilih mak yg helokk
Quote syamzana 6-10-2023 11:43 AM
ya Allah ptg baru teringat tu pun sabit laki call.
caner la anak tu meraung kepanasan dlm kereta
harap baby tak menanggung sakit yg lama

speechless...nak kecam ke kesian.
Quote cutieslilies 6-10-2023 11:44 AM
x mustahil wei.... mak2 boleh terlupa sampai mcm tu ekali..lagi2 baby letak blkg...

walaupun salah  aku terpaksa gak buh seat kat depan kalau drive sensorang nak elak terlupa punya pasal selain nak elak panic attack tetiba dia bantai melalak kat belakang...

bila didepan tu sempat jugak sua puting sama biskut alih rase bosan dia kat seat tu....
Quote shida81 6-10-2023 11:47 AM
Pernah jd kat ak... 2x.. Yg pertama ak sempat sedar mase ak terpandang cermin belakang ak nmpka ank ak.. Terkejut ak terpaksa patah balik. Kali ke2.. Ak kuar ngna laki n ank2 ak.. Mase keluar kete.. Ak trus jln g kedai mkn.. Laki ak bw ank ak yg lain.. Sampai kt kedai mkn laki ak tny baby mn.. Dia igt ak da amik.. Dia pn x perasan baby ada dlm kete.. Mujur sekejap je..
Mase tu dlm kepala ak mcm2 pikir.. Duit.. Keje.. Ak percaya mak budak tu tgh runsing tu sampai terlupa ank dia ikut dia sekali
Quote manehnya 6-10-2023 11:48 AM
dari pg sampai ptg x kan x ingat kt anak langsung? anak tgh buat apa? lunch time pun x ingat ke...

bangsa apa ni
Quote mejaputih 6-10-2023 11:50 AM
kemurungan baca berita ni...
Quote prettyuglybabe 6-10-2023 11:51 AM
kalau bawa baby, baby seat tu pasang la belakang belah penumpang..
kalau letak belakang driver, memang high chance kita akan lupa sebab tak nampak belakang kita kan..
or else, pasang rear mirror yang besar boleh nampak satu kereta..
Quote bottombikini 6-10-2023 11:53 AM
tahapehape tah korang ni
malas nak mencerca di hari jumaat ni
Quote Buritan 6-10-2023 11:53 AM
dua_chzy replied at 6-10-2023 11:37 AM
Tak nak kecam sebab kesian. Empati aku tinggi lak hari ni.

Cer fikir - apsal selalu mak2 yang kuar ...

Sbb mak dah terlmpau stresss dgn keje.. muka ninlaa bibik muka ni laa pegawai..
Quote cmf_PariS 6-10-2023 11:54 AM
mak doktor.. penat tu wei... kesiannya
Quote Skuau 6-10-2023 11:58 AM
amik kertas,tulis ada bawa baby,lekat kt steering keta....ok,faham..
Quote jfq 6-10-2023 12:01 PM
Kalau b40 yg buat, puas kena cerca dgn ummah porem
Quote jfq 6-10-2023 12:02 PM
Taksa pun takda call tnya baby hntr ke tak hari tu
Quote BoongaKertas 6-10-2023 12:03 PM
iols doakan mak dia diberikan kekuatan luarbiasa hadapi dugaan ni. tggi dugaan dia. iols rasa mak dia terlalu kusut dgn kerja, doktor pulak tu. Allahu. salam takziah buat seluruh keluarga.
Quote margo20 6-10-2023 12:04 PM
Dekat jepun haritu lg sedeh nenek nye bawa g keje lupa anto ke taska jgk mati kt parking
Quote MistrezHermanaz 6-10-2023 12:18 PM
jfq replied at 6-10-2023 12:02 PM
Taksa pun takda call tnya baby hntr ke tak hari tu

i xtau la taska tpt lain, tp masa anak sulung i kecik dulu, kalau x hantar pukul 9 tu dia dh sms or call tanya x hantar ke, suka betul taska dulu..sekrg ni kalau x hantar xde yg wasap tanya pun, tgk taska jgk kot
Quote ifanonline 6-10-2023 12:23 PM
some people do not deserve to become parents...

kalau tak berupaya utk bertanggungjawab...sila masturbate, please...i beg you, sila masturbate
Quote little_sis 6-10-2023 12:27 PM
Byk sgt benda nak fikir kot.. baby pun tidur so senyap je tu yang dia rasa macam dah hantar ke taska tu..

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.091149 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top