CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Bangkok Tahan 2 Lelaki Jual Pistol Kepada Suspek Serangan Siam Paragon

5-10-2023 04:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2070| Komen: 0

Bangkok: Polis Thailand hari ini menahan dua lelaki yang dituduh menjual pistol kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang disyaki melakukan serangan di pusat beli-belah Bangkok sehingga mengorbankan dua mangsa.


Remaja itu didakwa membunuh dalam serangan di pusat beli-belah Siam Paragon, Selasa lalu yang dipercayai menggunakan pistol peluru kapur yang diubah suai untuk menembak peluru hidup.

Pegawai di wilayah Yala di selatan Thailand menahan dua lelaki pada awal pagi tadi kerana disyaki menjual pistol kepada remaja berkenaan.


Seorang pegawai kanan polis Yala, berkata pihaknya menyerbu rumah suspek untuk mencari lebih banyak bukti berkaitan kes itu.

"Mereka dihantar ke Bangkok untuk disoal siasat," katanya.

Ratusan pengunjung melarikan diri dari pusat beli-belah yang penuh sesak kerana ketakutan apabila mendengar bunyi tembakan.

Tujuh orang ditembak secara keseluruhan, manakala seorang wanita dari China dan Myanmar terkorban.

Suspek berusia 14 tahun didakwa atas tuduhan cubaan membunuh, membawa dan melepaskan tembakan di tempat awam, dan memiliki senjata api tanpa lesen.

Tertuduh sedang menjalani ujian psikiatri untuk melihat sama ada dia layak untuk dibicarakan.

Dia sebelum ini menerima rawatan untuk penyakit mental, namun berhenti mengambil ubat.

Tembakan itu telah mencetuskan gesaan baharu bagi kawalan senjata yang lebih ketat di negara itu.

Ia berlaku beberapa hari sebelum ulang tahun pertama pembunuhan beramai-ramai, di mana seorang bekas anggota polis bersenjatakan pistol dan pisau menyerang sebuah taska di utara negara itu, membunuh 24 kanak-kanak dan 12 orang dewasa.

Menurut pangkalan data antarabangsa, Thailand mempunyai anggaran 10 juta senjata api dalam edaran, satu untuk setiap tujuh rakyat.

Ia adalah salah satu daripada kadar pemilikan tertinggi di rantau ini.

Pada 2020, seorang askar menembak mati 29 orang dalam serangan amuk di pusat beli-belah di Nakhon Ratchasima.

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin, semalam berikrar untuk melakukan 'langkah pencegahan' bagi mencegah tragedi seumpamanya pada masa depan. - AFP


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.047037 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top