CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 'Longkai' Kena Tahan, Gaduh Rebut Tunda Kereta

5-10-2023 04:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2238| Komen: 2

Kuala Lumpur: Polis menahan 12 lagi individu berhubung insiden pergaduhan dua kumpulan penunda kereta di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras di sini, Isnin lalu menjadikan keseluruhan 22 orang ditahan, setakat ini.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata tangkapan dilakukan di beberapa lokasi sekitar ibu negara, petang semalam.


"Kita berjaya menahan 12 lagi suspek, semalam menjadikan keseluruhan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes itu seramai 22 orang.

"Kesemua suspek adalah lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun dan mereka kini direman tiga hari bermula hari ini ," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan seramai 10 individu direman selama dua hari kerana disyaki terbabit dalam insiden pergaduhan itu.

Kira-kira jam 1.37 pagi Isnin lalu, polis menerima laporan awam mengenai satu pergaduhan di Kampung Malaysia Tambahan dipercayai membabitkan dua kumpulan penunda kereta.


Zam Halim dalam kenyataan Isnin lalu, berkata siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan berkait urusan menunda sebuah kenderaan yang kemalangan di situ.

Katanya, dua kumpulan penunda kenderaan itu dipercayai berebut untuk menunda kenderaan terbabit sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Berikutan itu, polis menahan lapan lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan itu pada hari kejadian, sebelum dua lagi lelaki ditahan pada hari berikutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.


Sumber: BH Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikiruj 5-10-2023 04:26 PM
Edited by rikiruj at 5-10-2023 04:30 PM

Baru2 ni 2 kete family member langgar, masa berlainan.. longkai ni memang betul2 annoying, kita dah cakap insurans punya tow truck skan settle depa masih lagi cucuk2.. tow truck insurans siap call tanya pasal longkai dan macam2 arahan dia bagi kat aku.. depa among themselves pun ada rule & proses nak kena go through.. abang kawasan nak kena kowtow.. tow truck insurans berhenti jauh.. aku kena gi kat dia bawak tunjuk kereta pastu dia kena discuss dgn longkai2 tu.. tah hapa depa agree pun tak tau la.. nasib baik ok.  Tapi aku lagi senang nak hadap longkai non-malay daripada melayu.. melayu ni melarat2 tak nak tolong bangsa la etc..
Aku memang tak percaya longkai tak kira melayu atau bukan melayu.. masa muda dah pernah kena, dia bantai hantar bengkel dia yg kerja hauk.. memang tobat la.. better settle sendiri hantar manufacturer punya bengkel.  Tapi open secret la, connection longkai meme dasat.. kalau ko ikut dia senang keroje la..cuma hasil repair tu tgk nasib la kot dia hantar bengkel hauk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.034075 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top