CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Tak Dapat Duit, Penganggur Jerut Leher Isteri Guna Tali Sampai Pengsan

5-10-2023 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4362| Komen: 31

Muar: Berang tak dapat duit, seorang lelaki naik hantu dengan menjerut leher isterinya menggunakan tali hingga pengsan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kim Kee malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, suspek berusia 33 tahun yang juga penganggur dipercayai dalam proses penceraian dengan isterinya berusia 29 tahun, naik angin apabila wanita itu tidak memenuhi permintaannya.


Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, keadaan itu menyebabkan suspek bertindak luar dugaan apabila mengambil tali lalu menjerut leher isterinya.


Foto: Harian Metro

Pada masa sama, Raiz Mukhliz berkata, suspek turut menutup mulut mangsa hingga tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, perbuatan suspek menyebabkan dia panik dan melarikan diri sebaik mangsa tersedar selepas ditamparnya.

"Mangsa kemudian menyelamatkan diri lalu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi.


Raiz Mukhliz berkata, bertindak atas laporan dibuat mangsa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya menahan suspek pada hari kejadian.

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke IPD Muar untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

Sementara itu, suspek memakai baju lokap jingga tiba di Mahkamah Majistret sekitar jam 8 pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Perintah reman lima hari dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 5-10-2023 03:17 PM
Allah..nasib baik selamat... kalau tak tambah satu lg kes jantan bewokkk mat pet bunuh bini...
Quote imanamsyar 5-10-2023 03:35 PM
Semoga wife tu xde la gi tarik balik laporan polis ya..atas alasan "saya yakin dia akan berubah'....puiiiiii...
Quote krustykrab 5-10-2023 03:43 PM
Bila jantan² isele tak.mengamalkn ajaran islam tentng tamggungjawab seorg lelaki.
Quote Atata 5-10-2023 03:44 PM
Uish ni mcm mati hidup semula ni. Dah kena cekik kena tekup dia boleh pengsan je
Quote azimodin 5-10-2023 04:36 PM
Jantan taguna.. tapi nanti kat fb mesti ada yg backup cakap salah perempuan sebab mulut celupar.
Quote hareeeesah 5-10-2023 04:38 PM
So yg dok kata kes arwah haritu bole la diam. depa ni mmg act like musibat, yg arwah munirah tu ntah xde pn kata ngesek laki sewel dia je tambah cite kat polis.
Quote sufi^_^ 5-10-2023 04:39 PM
kalau dah dalam proses bercerai tak payahla duduk serumah.
Quote sufi^_^ 5-10-2023 04:39 PM
Btw, all the more reason for girls to stay single.
Quote sufi^_^ 5-10-2023 04:40 PM
Jantan jenis apa tak kerja mintak duit kat bini eh?

Quote yukisakura 5-10-2023 08:13 PM
Allah, awat la hang buat lagu tu...Akai letak tang lutut ka apa...
Quote jiwasemangat 5-10-2023 09:58 PM
Kenapa muka abam puliss tuu jadi fokus utama dlm gambarr .?
Quote kepompong 5-10-2023 10:05 PM
azimodin replied at 5-10-2023 04:36 PM
Jantan taguna.. tapi nanti kat fb mesti ada yg backup cakap salah perempuan sebab mulut celupar.

tkyh tunggu fb... kat porom ni pun sama
Quote Carcosa 6-10-2023 12:14 AM
Jantan sial mcm ni yg patut di racun makanan dia.
Lepas Mmpos, aman hidup
Quote lanacondor 6-10-2023 12:35 AM
Tolongla mudahkan kes cerai. Kesian bini2 yg teraniaya.
Quote syamzana 6-10-2023 12:40 AM
payah la jantan otak letak kat jubo ni. letih hari2 dgr kisah lbh krg. pasaipe lepas nikoh jadi bewok blake ni???(assume before kawen mesti kerja kalau tak bodo la bini tu nikoh terang2 bewok ghian)
Quote ninja boy 6-10-2023 08:41 AM
Apa barang mahkamah shariah malas kerja  org tu minta cerai x setel2 sampai hampir2 kena bunuh
Quote mejaputih 6-10-2023 08:50 AM
kepompong replied at 5-10-2023 10:05 PM
tkyh tunggu fb... kat porom ni pun sama

si irfanonline takde pula komen dlm ni...asyik2 salahlan pompuan..
Quote midori888 6-10-2023 08:51 AM
kalu wife dia masih lagi nak stay dgn laki nie, taktau nak ckp apa...
Quote Cekgushilla 6-10-2023 09:00 AM
Ni kalau bini meninggal spesis ni la nk fitnah isteri ada jantan lain la
Buat hubungan dgn jantan lain la padahal ko tak dpt duit dia ko sakit hati
Ko nk bunuh dia la kan niat jerut leher tu
Mana ada sj2 nk jerut leher smpai pengsan je
Jantan tak guna

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055337 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top