CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

"Ketakutan Dan Menangis, Isteri Peluk Anak Dan Tundukkan Diri,"-TMJ Cemas, Lari Bawah Tanah Insiden Tembakan Siam Paragon

4-10-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8226| Komen: 60

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim cemas ketika berada di hotel dekat lokasi insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon Mall di Bangkok baru-baru ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Tunku Ismail menceritakan penembak melepaskan tembakan dan orang ramai meluru masuk ke lobi hotel untuk mendapatkan perlindungan.


Foto:IG

"Kami membawa kanak-kanak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

"Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku," tulis TMJ.

Dalam situasi yang panik itu, apa yang difikirkan beliau ketika itu adalah untuk membawa keluarga dan pasukannya keluar daripada situasi bahaya secepat mungkin.




"Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis," ujarnya sambil menambah, mereka kemudian dibawa ke Kedutaan Singapura berdekatan.

TMJ yang merupakan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berada di Bangkok untuk perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara JDT dan BG Pathum United.

Meskipun terlepas perlawanan berkenaan, TMJ meluahkan rasa syukur kerana beliau dan keluarga berada dalam keadaan selamat.

"Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui," katanya lagi.

Dalam kemaskini terbaharu, TMJ memaklumkan beliau sekeluarga telah selamat tiba di Johor.

Sementara itu, pihak berkuasa Thailand mengesahkan insiden berkenaan meragut sekurang-kurangnya dua nyawa serta mencederakan sekurang-kurangnya tiga yang lain.

Seorang remaja berusia 14 tahun turut ditahan berikutan kejadian terbabit. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lentera 4-10-2023 10:02 AM
Uiii nasib baik selamat
Quote salimrock 4-10-2023 10:05 AM
Tengku mahkota kalokeluar negara pn harus ada bodyguard kan?
Quote Ahriman 4-10-2023 10:10 AM
Aduh,dah macm Amerika plak senjata api berleluasa.pulak yang menembak tu bawah umur,mana agaknya dia dapat pistol tu?berani sungguh ya.
Quote Whatsofunnyth 4-10-2023 10:12 AM
salimrock replied at 4-10-2023 10:05 AM
Tengku mahkota kalokeluar negara pn harus ada bodyguard kan?

Ye la. Anak2 raja ni gi tandas pun BG jaga
Quote A-Are 4-10-2023 10:14 AM
Mudahnya budak bwh umur dapat senjata api
Quote Firenzza 4-10-2023 10:23 AM
salimrock replied at 4-10-2023 10:05 AM
Tengku mahkota kalokeluar negara pn harus ada bodyguard kan?

Memang ada....ramai plk tu
Quote lightheaded67 4-10-2023 10:23 AM
kalau budak tu lepas gitu je, mmg bahan lawak lah acik2 pulisi telen ni. sukati aje. esok lusa buat lagi ingt hiburan ke ape bnde2 mcm ni. bego
Quote _blackbird 4-10-2023 10:33 AM
Ahriman replied at 4-10-2023 10:10 AM
Aduh,dah macm Amerika plak senjata api berleluasa.pulak yang menembak tu bawah umur,mana agaknya dia ...

tgk la kejadian di negara mana, nak beli firearms mmg senang le kat thailand. kalau belah2 kawasan selalu bergolak tu, majoriti org awam pon ada firearms. kalau kejadian kat malaysia boleh la wondering mana budak 14 thn dpt senjata api
Quote rbmy 4-10-2023 10:37 AM
dia pi kedutaan singapore yg paling dekat.. maybe kedutaan malaysia jauh
Quote nisako 4-10-2023 10:44 AM
dok hotel ape yg dekat siam paragon tu .. scary la pulak ...
Quote Radzor 4-10-2023 11:28 AM
Edited by Radzor at 4-10-2023 11:52 AM

Tgh cuba bayangkan..
Quote honeybee1802 4-10-2023 11:37 AM
Bdk 14 mental tak makan ubat...aduii..byk main games tembak2 ke apa...situ mmg kawasan tourist spot eh?yg mati tu chinese and myanmar kan]
Quote Abahmung 4-10-2023 11:38 AM
mujur selamat..
Quote stingergrumpy 4-10-2023 12:03 PM
Pathum 2-4 JDT....

Tahniah.....
Quote stingergrumpy 4-10-2023 12:04 PM
Pazzpizzpuzz dlm keadaan cubit peha kanan , peha kiri terasa......
Quote stingergrumpy 4-10-2023 12:07 PM
honeybee1802 replied at 4-10-2023 11:37 AM
Bdk 14 mental tak makan ubat...aduii..byk main games tembak2 ke apa...situ mmg kawasan tourist spot  ...

Kesan addictive to games....

Do watch out for your kids.......
Quote Lampuled 4-10-2023 01:26 PM
Mesti wife and anak2 dia fobia jugak tu. Seram betul main tembak2 ni.
Quote tumpanglalu74 4-10-2023 01:56 PM
Patot la trauma..

IMG_20231004_135443.jpg
Quote edayildiz 4-10-2023 01:56 PM
xde ke keluar kt news thai sana psl tmj pun ada situ..sersm pulak bila baca tu

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.166281 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top