CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Ibu Tergamam Kena Bayar Gula-Gula Timbang RM40

4-10-2023 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11081| Komen: 107

Description: PETALING JAYA – Seorang ibu muda tergamam apabila perlu membayar RM40 untuk gula-gula timbang yang mempamerkan harga pada 100 gram.
PETALING JAYA – Seorang ibu muda tergamam apabila perlu membayar RM40 untuk gula-gula timbang yang mempamerkan harga pada 100 gram.

Kata Nabilla Aisha, harga yang dipamerkan tidak jelas dan apabila ditimbang harga yang tertera lebih mahal.


Foto: via Kosmo

“Terkejut saya, saya minta 150 gram tetapi bila timbang kena bayar jumlah RM40 pula,” jelasnya.

Rupa-rupanya pengalaman Nabilla Aisha turut dikongsi beberapa pengguna media sosial

“Baru saya perasan bahawa harga untuk 100 gram tidak dipamerkan dengan jelas,” katanya.

Kisah ini kemudian menjadi tular di media sosial, dengan banyak netizen yang berkongsi pengalaman sama.

“Benda ini memang mahal, pernah juga terkena bayar RM60,” tulis pengguna Facebook, Hani Abdul.

“Saya sekeluarga pernah membayar RM200, apabila keluar kedai, kami hanya mampu ketawa,” ulas Nina Ilyana berkongsi pengalaman.


Kejadian ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai ketulusan harga di kalangan peniaga makanan, dengan beberapa pihak meminta agar peniaga lebih teliti dalam memaparkan harga produk mereka. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 4-10-2023 05:12 PM
Yg pembeli tu masa nk beli tak tgk dulu ke halal ke idok? Kalau mekdi kepci kemain korang waswas.
Padan la muka kena tipu harga
Quote shamsadis 4-10-2023 05:14 PM
gula2 ni tak bagus, sakit diabetes esok masuk paper, nasib baik ada subsidi kesihatan
Quote wirazam 4-10-2023 05:15 PM
Itu makan org bodoh sombong kannn...ini perangai b40 gak ke
Quote wirazam 4-10-2023 05:16 PM
Suh ibu muda tu register forum nih..nak tgk dia mengelupuh tak kena tibai dgn acik acik forummer acah makan garam dulu
Quote Thunderclouds 4-10-2023 05:51 PM
Zmn serba serbi kna bkira nih, kalo duit ko xleh wat lap molot perati bebetul rega seblom beli apa².
Xpasti,TANYA.
Menda gini aku padankn muka ja.
Sah sengkek kalo up kt medsos.
Quote prettyuglybabe 4-10-2023 05:56 PM
cakap kat pekedai nak berapa gram tapi takde tanya hargakan?
sendiri pun dah salah kat situ..
Quote kakikuDibibirmu 4-10-2023 06:17 PM
Tergamam tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote anony-mous 4-10-2023 06:18 PM
X geli ke mkn benda2 timbang mcm ni? Lg2 gula2 dah la x kenyang
Quote Skuau 4-10-2023 06:55 PM
wa talak tipu ma....wa pandai meniaga
Quote manehnya 4-10-2023 07:52 PM
X reti calculate ke dik... tiber mnggelupor jd bahan berita plak?! Giler buduh
Quote dua_chzy 4-10-2023 08:07 PM
Gula2 timbang sejak bila tak mahal dek?
Quote sukacactus 4-10-2023 08:13 PM
Tak payah beli lgsg la
Bukan keperluan pun
Mkn gula byk pun xbaik utk kesihatan
Ank2 aku pun dl, takde pun aku ajar beli gula2 gini...not a real food!
Quote kakikuDibibirmu 4-10-2023 08:20 PM
apa dah macam daging pulak timbang pakai kati

[youtube]DrK_obELK0g[/youtube]

http://youtu.be/DrK_obELK0g
Quote shernazz 4-10-2023 08:25 PM
Teringat dolu..
Iols.beli Tutti Frutti
Pertama.kali.lah.kononnya sebab teringin sgt kan..
Masa tu takde dah beratur ramai2 dah..
Jadi iols.pung beli lah kat branch Puchong Jaya..
Yaqqin okeh iols.tak tengok harga main amek je topping2 dia segala...hahaha..
Last2 kena.sampai rm80
Rupanya kena.timbang
Hahahaha....lepas.tu.iols.tak masuk dahntutti Frutti..
Cukup la Makan semangkuk.tu.sorang2 sambil2 nyesal sungguh tak tengok harga
Quote kakikuDibibirmu 4-10-2023 08:31 PM
shernazz replied at 4-10-2023 08:25 PM
Teringat dolu..
Iols.beli Tutti Frutti
Pertama.kali.lah.kononnya sebab teringin sgt kan..

Salam 4.73

Screenshot_20231004_203029_Chrome.jpg
Quote pearl.silver 4-10-2023 08:33 PM
shernazz replied at 4-10-2023 08:25 PM
Teringat dolu..
Iols.beli Tutti Frutti
Pertama.kali.lah.kononnya sebab teringin sgt kan..

Iols pun gitu la tp xde kne mhl sgt.

Pastu klu dtg mmg amik aiskrim dia semata. Xde tambah topping2 dah.
Quote syamzana 4-10-2023 08:38 PM
shernazz replied at 4-10-2023 08:25 PM
Teringat dolu..
Iols.beli Tutti Frutti
Pertama.kali.lah.kononnya sebab teringin sgt kan..

mujur tutti frutti lenyap dah skrg kalau dak everytime lalu mesti terkenang
Quote doubleharmonic 4-10-2023 08:41 PM
sebab yang jual tu sendu? kalo retis / anak retis yang jual candy mahal2 elok jah ko beli siap kata kira buat sedekah bagai untuk anak retis tu?
Quote exclusive_vvip 4-10-2023 08:44 PM
Laki iols suka nau stock up Haribo..bukan setakat 1-2 paket heols beli..geram btol kekadang tu..tapi ada time, masa i pening kepala rasa loya, berguna juga

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.153833 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top