CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Kerugian RM213,700 Terpedaya Iklan Pinjaman Di Instagram

3-10-2023 09:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1148| Komen: 8

Taiping: Seorang ahli perniagaan wanita ditipu sindiket pemberi pinjam wang berlesen yang tidak wujud menyebabkan dia kerugiaan RM213,700 baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa yang berusia 51 tahun telah melihat satu iklan pinjaman wang di Instagram penama Kelvin Loan Sales Consultant (Ambank).



“Mangsa berhasrat membuat pinjaman sebanyak RM70,000 dan menghubungi nombor talian diiklankan.  Dia berurusan dengan seorang lelaki dengan nama Thong Ji Sing yang meminta mangsa membuat beberapa transaksi pembayaran sebagai wang proses bagi mendapatkan pinjaman itu,” katanya hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, bermula dari 1 hingga 16 September lalu, mangsa telah melakukan sebanyak 25 transaksi pembayaran kepada 16 akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan RM100,020 sebagaimana diarahkan suspek.


“Selain itu juga, mangsa turut melihat iklan pinjaman yang kedua di Instagram daripada Syarikat Desmond Lai Pentagon Credit dan ingin buat pinjaman sebanyak RM60,000.

“Dia (mangsa) telah membuat urusan dengan suspek kedua yang turut meminta wang proses serta bayaran perkhidmatan dan telah melakukan transaksi sebanyak 24 kali ke 14 akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan RM113,680,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 3-10-2023 09:12 PM
byak duit tp bodo. how ?
Quote batu kikir 3-10-2023 09:36 PM
Memang bodo. Nak pinjam RM70k.....bayar duit proses RM100k. Apa ke bebal? Kalau betul ada processing fee atau football money.....sepatutnya tidak melebihi 10% of the loan
Quote Zazama 3-10-2023 09:42 PM
Kenapa ye dgn berpuluh or beratus kes scamming, tak pernah nampak pun kat medsoc tangkapan dibuat pd scammer? Apa?? Terror sgt ke scammer smpai payah nak ditangkap?
Quote Belibis 3-10-2023 10:01 PM
Zazama: Kenapa ye dgn berpuluh or bera ...

Memang la terer...terer bab bayar kawtim dengan payung besar.
Quote _blackbird 3-10-2023 11:37 PM
Kepada yg bodoh bebal mcm ni. Pikir 1 je lah. Purpose ko nak pinjam duit, itu makna nya ko yg bakalan dpt buat bukan ko yg pi beri duit pada org yg ko nak pinjam. Yg tu nnt esok2 lepas dah joli habis duit loan baru pikir yg tu

Quote fifie_olin 4-10-2023 10:22 AM
duit 200k ko dah ada, tp nk loan 70k, pe ke bengap nya tu ye
Quote KamikuP 4-10-2023 05:08 PM
Kene pukau atau bengap? You pick ekekeke

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051198 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top