South East Technological University (SETU) di Carlow, Ireland akan membuka peluang kepada mahasiswa yang mahu menjadi Influencer atau pempengaruh menerusi jurusan yang bakal ditawarkan pada tahun hadapan.
Jurusan tersebut dikenali sebagai Bachelor of Arts degree in Content Creation and Social Media. Ia akan menyediakan para mahasiswa dengan pembelajaran menyeluruh tentang menjadi seorang Influencer sebagai sebuah pekerjaan. Antara subjek yang akan diajar adalah cara menangani krisis, komunikasi, studi selebriti, psikologi sosial dan suntingan video serta audio. Pensyarah Senior SETU, Irene McCormick yang mengasaskan jurusan ini memberitahu Washington Post, universiti tersebut menjadi yang pertama di dunia menawarkan ijazah dalam pekerjaan tersebut. Idea mewujudkan jurusan ijazah ini datang daripada anak perempuannya yang juga merupakan seorang pelajar baru di universiti tersebut.
McCormick mendakwa anaknya mempunyai ramai pengikut di laman TikTok sekaligus menyedarkannya betapa besar kuasa media sosial sekarang. “Kami melihat ada ruang dan keperluan untuk jurusan ini dan kita hanya perlu membangunkan ijazah lalu disahkan,” katanya. -CARI Sumber: Gempak
|
_blackbird replied at 3-10-2023 11:41 PM
Pasni boleh influencing with brain. Ahhgittewww
Idea mewujudkan jurusan ijazah ini datang daripada anak perempuannya yang juga merupakan seorang pelajar baru di universiti tersebut.
McCormick mendakwa anaknya mempunyai ramai pengikut di laman TikTok sekaligus menyedarkannya betapa besar kuasa media sosial sekarang.
bitterchoc: Rasanya majoriti yang nak jadi influencer ni tak minat study. Nak kaya dan famous cepat.
Ahriman replied at 4-10-2023 06:45 PM
Harey..yg diajar nnti subjek ape??cara goyangkan pinggul?cara menjual diri?cara membuat content bodo ...