CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaiton Sameon Layak Dapat Pencen YKAT RM500

3-10-2023 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3463| Komen: 9

Datuk DJ Dave mengesahkan penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon, 67, menjadi penggiat seni kesembilan yang menerima pencen daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT),  mulai November ini.


DJ Dave berkata Zaiton memang layak dibantu dengan bantuan pencen bulanan itu kerana berhadapan masalah kesempitan hidup selepas jarang menerima tawaran menyanyi.

Foto: IG

"Kita di YKAT mengambil maklum mengenai nasib Zaiton yang difahamkan amat memerlukan bantuan kewangan bulanan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup dihadapinya.

"Ditambah, dia juga adalah pemegang Kad Orang Upaya (OKU) menerusi kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) yang layak menerima pencen bulanan sebanyak RM500 daripada YKAT mulai November ini.

"Sebelum ini, YKAT juga sudah beberapa kali membantu Zaiton, seperti memberikan bantuan kewangan ketika dia jatuh sakit dulu dan sekarang apabila mendengar ceritanya yang perlu bantuan kewangan, kami hulur pencen bulanan pula," katanya kepada Harian Metro.


DJ Dave berkata, setakat ini YKAT juga sebenarnya sudah membantu ramai artis yang berhadapan masalah kewangan dan kesempitan hidup dengan memberikan pencen bulanan berkenaan.

Sebelum ini, difahamkan YKAT memanfaatkan dana diperoleh mereka daripada kerajaan dengan memberikan pencen secara bulanan kepada beberapa artis tempatan, antaranya seperti Allahyarham Sharifah Aminah Syed Abdullah dan juga Allahyarham Yazit.

DJ Dave berkata, pencen diterima itu akan dibayar selagi yayasan memiliki dana untuk disumbangkan kepada penggiat seni yang dikenal pasti layak mendapatkan bantuan kewangan terbabit.

"YKAT seboleh-bolehnya mahu membantu lebih ramai lagi artis yang memerlukan bantuan kewangan bulanan kerana sedar ramai di antara mereka yang tidak boleh menjana pendapatan berikutan faktor usia.

Ditanya juga sama ada YKAT mempunyai perancangan untuk memberikan pencen kepada penyanyi Ibnor Riza yang kini menghidap kanser limfoma tahap empat, DJ Dave berkata, tiada masalah sekiranya pihak yayasan mempunyai dana kewangan yang lebih untuk menghulurkan bantuan.

"Setakat ini, kami sudah bantu Ibnor Riza beberapa kali dan insya Allah kita tengok keadaan macam mana. Tapi, kalau kita ada dana lebih, YKAT mesti bantu. Cuma, buat masa sekarang biarlah Zaiton dulu yang kami bantu," katanya.

Terdahulu, DJ Dave ditemui hadir pada sidang media pelancaran Forum Kesihatan Makro Usahawan Malaysia-China bersama Malam Gala Amal Selebriti Asia 2023 (MCEH 2023), di sebuah hotel di ibu kota, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, YKAT mula beroperasi sejak 25 Jun 2012 dan sehingga kini sudah membantu ramai artis veteran termasuk di Sabah dan Sarawak yang mencecah usia 60 tahun, sakit, kemalangan, dimasukkan ke hospital, lumpuh dan sebagainya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 3-10-2023 05:18 PM
Alhamdulillah. Sian acik zaiton ni kalau tgk perjalanan hidup dia.
Quote prince_marhaen 3-10-2023 05:25 PM
Semoga cik eton diva boleh bersara menyanyi dengan tenang ye...

she beyonce dulu ye..


Quote exclusive_vvip 3-10-2023 05:48 PM
DJ Dave ni nampak aktif gak buat keje dari dulu..retis2 yg tengah mewah skrg, elok la hulur2 sumbangan ke YKAT ni..sesama anak seni kan..
Quote naina 3-10-2023 05:51 PM
Alhamdulillah ada juga rezeki merasa duit pencen..mesti ada benda baik dia buat dulu2 kan sebab akhir2 umur dia ni walau pun lagu hit dia 1,2 lagu je tapi ada je bantuan sampai.
Quote Burong_Hantuk 3-10-2023 05:58 PM
Alhamdulillah..moga dipermudahkn
Quote Buritan 3-10-2023 06:20 PM
Alhmdlh.. murah rezekii
Quote nw111 3-10-2023 06:47 PM
Kakak sheols ada lagi tak.. dulu2 masa baru accident tu rasanya kakak sheols jaga...
Quote silampumeja 3-10-2023 06:50 PM
naina replied at 3-10-2023 09:51 AM
Alhamdulillah ada juga rezeki merasa duit pencen..mesti ada benda baik dia buat dulu2 kan sebab akhi ...

Kan, bila pandang dgn hikmah gitulah kita nampaknya. Mungkin dia ni dari dulu jenis tak buat hal dgn orang.
Quote ina_na 3-10-2023 07:50 PM
Ooo dia ade kat Oku..boleh apply bantuan JKM...rsnye ade baca tuk Oku setiap bulan tah dapat berapa ratus...boleh la tuk tambah2 bantuan yg dia dpt..kesian kan lps eksiden kn menyanyi dgn ingatan dah x kuat..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074608 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top