CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dilahirkan Disleksia, Sunny Deol Dicop Bodoh

3-10-2023 02:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1222| Komen: 1

Siapa sangka di sebalik kehebatan aktor Sunny Deol sebagai pelakon aksi lasak, dia sebenarnya mempunyai zaman kanak-kanak yang suram akibat masalah pembelajaran.

Ketika era tersebut, masalah disleksia yang membuatkan seseorang kanak-kanak melihat huruf terbalik, sekali gus menyukarkan untuk memahami ayat atau membaca belum ada banyak kesedaran.



Akibatnya, Sunny lambat membaca selain ketinggalan dalam pembelajaran hingga dilabel sebagai budak bodoh.

Menurut aktor yang kini berusia 65 tahun, situasi dilalui tidak mematahkan semangat, sebaliknya mencetuskan kesungguhan untuk dikenali ramai suatu hari nanti.

Kini Sunny turut menyerlah sebagai penerbit dan ahli politik yang memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak.

Pelakon Gadar: Ek Prem Katha itu turut berada dalam senarai lima selebriti berpendapatan tertinggi di India.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 4-10-2023 08:02 AM
tapi masa muda2 dulu dia ni laku keras oooo byk movie dia, meaning boleh ar baca script kann..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.033024 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top