CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Padam Semua Gambar Bersama, Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Rumah Tangga Goyah

3-10-2023 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7279| Komen: 48

Haqiem Rusli akhirnya jawab dakwaan kononnya rumah tangga bersama isterinya, Anis Sofea goyah.

Katanya dia dan isterinya baik-baik sahaja dah perkahwinannya juga tidak ada masalah meskipun jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.


Foto: IG

“Saya dengan Sofea baik-baik sahaja. Cuma sekarang ni isu macam ni mungkin kami banyak tak post gambar dekat sosial media. Tapi demi Allah hubungan kami baik-baik sahaja. Tak ada masalah.

“Jarang post cuma sekarang ni lebih berhati-hati since isu ni tengah ‘hangat’ kan. Bagi saya, free life lah. Hidup kita ni bukan berpandukan sosial media. Kita pun ada life kita juga, jadi balance lah,” katanya seperti dipetik di XTRA.

Mengulas lanjut mengenai tindakan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, yang bertindak memadam semua gambar lama mereka di Instagram, pelantun lagu Tergantung Sepi ini bagaimanapun memilih untuk berdiam diri.



“Saya sudah lali dengan kecaman dan pandangan negatif. Oleh sebab itu, saya mengambil pendekatan berdiam diri. Saya dah melalui kecaman dan pelbagai dugaan sejak bergelar artis. Sebelum berkahwin pun saya sedar peminat akan terus ambil tahu mengenai kisah rumah tangga kami.

“Saya tidak ada masalah selagi tidak menyentuh isu sensitif yang keterlaluan. Jika berlaku, saya sendiri tidak tahu apa respon saya pada  ketika itu,” jelasnya.

Bahkan, Haqiem juga turut menyangkal dakwaan bahawa tujuan dia memuat naik video Sofea di Instagram  baru-baru ini sebagai gimik susulan penglibatannya dalam program Famili Duo.


“Tujuan masuk famili duo tak ada kena mengena dengan gimik, tujuan saya adalah saya nak tunjuk keharmonian. Dekat situ kita boleh lihat ramai yang sayang Sofea,  bukan saya je atau family tapi ramai.

“Dan saya nak tunjuk juga ada segelintir netizen yang baik hati dan nasihat secara lembut dan positif. Dan mungkin daripada posting tu ramai netizen yang belajar terutamanya netizen yang mulut macam…


“So, tujuan saya posting tu untuk nak tunjukkan benda yang baik je. Saya post pun benda yang baik itu sahaja. Tak ada gimik,” ujarnya.

Sekadar info, Haqiem bakal bergandingan dengan sepupunya iaitu penyanyi Ariff Barhan dalam program FD3  yang akan bersiaran bermula 15 Oktober ini. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 3-10-2023 02:41 PM
Bini kan ala2 rose black pink. Mana mau amik gambar dgn retis tempatan. Paling cikai pon selfie ngan hael oppa husaini.
Quote MeowPARSI 3-10-2023 02:44 PM
Mcm sampah
Quote Dolmat 3-10-2023 02:56 PM
Semakkkk aaah ni Budak Kaca Mata 24Jam!!

Quote kaseh80 3-10-2023 03:09 PM
Nak up kan program FD KE?
Quote virgo19 3-10-2023 03:11 PM
Apa la yg susah sgt deols ni, pakai jela balik tudung tu pastu netizen pun senyap la. Ko bukak tudung pun bukan sbb ada job yg memerlukan bukak tudung ke apa, macam dhabitah tu. Saja buat susah..
Quote honam 3-10-2023 03:27 PM
semoga dirahmati
Quote tahanie 3-10-2023 03:36 PM
Hidup kita ni bukan berpandukan sosial media.

Kata kauuu
Quote ashilalat 3-10-2023 03:42 PM
Sejak bila haqiem dgn arif bahran ni jadi sepupu
Quote zuriey 3-10-2023 06:32 PM
Tak habis lagi ke isu bini ko ni..
Bkn hot sgt pun
Quote rain2169 3-10-2023 07:14 PM
Boringggg…
Quote wirazam 3-10-2023 07:28 PM
Oh...dia ini ke yg Duda jutawan dok tunggu tuh
Quote ina_na 3-10-2023 07:46 PM
Ke dia ni nak tangkap jerung ...sbb bukan dia yg popular penyanyi nye..nampak mcm meraih perhatian je..
Quote MidoriHijau 3-10-2023 08:55 PM
Kesian dia ni. Nampak dia yg bersungguh dengan relationship. Bini dia bolayan je. Kenapa tah kawen awal sgt
Quote VespaSilbe 3-10-2023 08:58 PM
Binik tecik hati le kut tak ambik sheols jadi teman berduet..
Quote katak hijau 3-10-2023 09:05 PM
Boring la kau
Quote Hoola 3-10-2023 10:03 PM
Edited by Hoola at 3-10-2023 10:07 PM

dia ni lps kwin apa lagu baru?
konsert?
show?
familyduo tu je?

yg lain xhbis2 bini bini bini
bini buka tufung bini buang gambo doakan bini

nah amik ni netijem pesan pi main jauh2 bw bini ko sekali

Quote imanjannah 3-10-2023 10:04 PM
sian jugak dek qiqi ni, mohon jgn stress ye dek qimqim
Quote I.K.A888990 3-10-2023 11:42 PM
bosan la asyik psl bini je...
ada lagu baru tak dik?
Quote Selubung 4-10-2023 12:40 AM
Lagu baru ada tp x naik, harap duit job dulu2 tu simpan lagi
dulu siap menang abpbh lagi dik kb jugak yg maintain menang penyanyi fofulerr

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.062002 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top