Johor Bahru: Guru direkodkan sebagai penjawat awam yang paling ramai menjadi mangsa skim penipuan termasuk jenis penipuan dalam talian seperti Macau Scam, Love Scam dan Parcel Scam di Johor tahun ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, berdasarkan statistik bermula Januari lalu hingga September, sebanyak 117 kes penipuan membabitkan mangsa yang bekerja sebagai guru. Beliau berkata, nilai kerugian yang direkodkan membabitkan mangsa guru pula adalah sebanyak lebih RM4.24 juta bagi tempoh berkenaan. "Siasatan mendapati di Johor ada lebih 50,000 orang guru, jadi mungkin itulah salah satu faktor kerana ramai guru di negeri. "Sindiket penipuan tidak pilih mangsa tetapi mungkin kerana ramai komuniti guru di sini yang menyebabkan mereka menjadi mangsa. "Sebab itu kita ambil peluang ini menjemput guru-guru untuk hadir sesi 'town hall' (libat urus) supaya dapat bantu memberi penerangan dan mendidik mereka bagi mengelakkan menjadi mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program 'Town Hall' : Ancaman 'Scammer' Masa Kini di Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini, hari ini. Seramai 250 orang guru dari seluruh negeri ini hadir pada majlis berkenaan. Menurut Kamarul Zaman, bagi sembilan bulan pertama tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Johor menerima 388 laporan kes penipuan membabitkan penjawat awam. Katanya, jumlah itu dilihat meningkat berbanding 322 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. "Nilai kerugian yang dicatatkan pula adalah sebanyak lebih RM10.02 juta setakat ini," katanya. Sumber: Harian Metro |
Zazama replied at 3-10-2023 02:10 PM
Kaka is tak faham. Guru kan? Mereka golongan bijak pandai tau! Lain la mcm kaka ni. Keje kilang jepu ...
jazaa100 replied at 3-10-2023 02:12 PM
Guru gaji tak cukup....
Sbb tu suka nk tambah duit ....
jazaa100 replied at 3-10-2023 02:14 PM
Dorang bijak pandai....
Dari segi general knowledge, kelaut dalam.....
Mgkin sbb bercampur dgn beb ...
jazaa100 replied at 3-10-2023 02:14 PM
Dorang bijak pandai....
Dari segi general knowledge, kelaut dalam.....
Mgkin sbb bercampur dgn beb ...
Zazama: Kaka is tak faham. Guru kan? Mereka golongan bijak pandai tau! Lain la mcm kaka ni. Keje kilang jepun jek. Guru sepatutnya very the advanced.
Thunderclouds replied at 3-10-2023 04:49 PM
Can i say sbb tiada keberkatan dlm gaji yg korang amek?
Kalo org² enforcement ni kita dok ckp ank x ...
babelina replied at 3-10-2023 03:49 PM
cikgu2 nie kdg aku rasa dorg nie x open minded n bab2 pengalaman ngn hidup di luar tu kurang.. mcm d ...
Thunderclouds replied at 3-10-2023 04:49 PM
Can i say sbb tiada keberkatan dlm gaji yg korang amek?
Kalo org² enforcement ni kita dok ckp ank x ...
ajinomotonosuga replied at 4-10-2023 01:03 AM
klo kire tadak barokah...sme keje ada selit mende tu hatta jadi tok imam masjid .dpt elaun..anak i ...
ADVERTISEMENT