CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjual Mengaku Tak Bersalah Miliki Vape Berperisa Dadah

3-10-2023 01:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 879| Komen: 3

Port Dickson: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan memiliki vape berperisa dadah dalam tangkapan di Lukut Prima, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Puveendran, 25, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Port Dickson, Uthman Abd Ghani.


Berdasarkan pertuduhan, didapati dalam milikan tertuduh iaitu penjual vape cecair disyaki dadah berbahaya jenis ketamin dengan anggaran berat 570 milliliter.

Seorang penjual vape dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, di sini, hari ini atas tuduhan memiliki vape berperisa dadah dalam tangkapan di Lukut Prima, hujung bulan lalu.

Berdasarkan pertuduhan, didapati dalam milikan tertuduh iaitu penjual vape cecair disyaki dadah berbahaya jenis ketamin dengan anggaran berat 570 milliliter.


Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 7 malam, bertempat di Lukut Prima, di sini, 29 September lalu.

Susulan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Akta 12(3) seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal.

Majistret kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM 3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Disember ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed memaklumkan tangkapan tersebut dan dipercayai modus operandi tertuduh adalah mencampurkan cecair vape ‘mushroom’ dengan dadah disyaki ketamin untuk dijual dalam kalangan remaja di sekitar daerah berkenaan.

Menurutnya, hasil serbuan telah berjaya merampas satu botol cecair yang mengandungi dadah jenis ketamin dan 12 botol cecair yang telah dibungkuskan semula untuk dijual.

“Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 570 ml dianggarkan bernilai RM17,000,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 3-10-2023 01:44 PM
Ini vape dadah bukan vape ber perisa dadah... If flavor saja tidak high... Or memang ada term lain buat di panggil flavor.. Walaupun real dadah
Quote tumpanglalu74 3-10-2023 11:01 PM
Lenkali nak isap vape ko jadi ahli parlimen dulu la macha..

[youtube]9BMz8dFWybk?si=gyjEueIbCbO-myI_[/youtube]
https://youtu.be/9BMz8dFWybk?si=gyjEueIbCbO-myI_

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061533 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top