PETALING JAYA – Seorang penolong pengurus eksekutif didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencabul seorang wanita yang juga bekas penyampai berita televisyen terkenal tiga bulan lalu.
Mohd. Faizal Hussain, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 54 tahun dengan memegang tangan mangsa dengan tujuan untuk mencabul kehormatannya. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Damansara di sini pukul 1 tengahari pada 13 julai lalu. Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu mangsa dan saksi dalam kes ini.
Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md. Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Nor Afiqah Mohd. Ashriee. Mahkamah kemudian menetapkan 20 November bagi sebutan semula kes. – CARI Sumber: Kosmo
|
ctkusiam replied at 3-10-2023 02:49 PM
La igt kan pelakon faizal hussin tu..hahha namo sama tapi bukan dia.. pegang tangan dikira mencabul ...
midori888 replied at 3-10-2023 02:43 PM
dah 53, takde bini ke?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
8-12-2023 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057495 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.