Imran Aqil mengakui dia dan isteri Dahlia Rizal membuat perancangan keluarga. Menerusi Live di TikTok, aktor drama bersiri Budak Tebing 3 itu berkata dia mengambil nasihat ustaz yang mengatakan bahawa anak itu adalah amanah.
Malah, mereka tidak menafikan mengenai persepsi segelintir pihak mengatakan anak itu adalah rezeki, namun perlu seiring dengan tanggungjawab ibu bapa menjaga kebaijikan anak itu. “Saya dan Dahlia ada family planning… harus sebenarya family planning ni supaya tidak menjadi satu beban sebab anak ini adalah satu amanah. “Ada yang kata lepas kahwin terus cepat dapatkan anak sebab rezeki. Iya anak rezeki juga, betul. Tapi rezeki datang daripada amanah itu ada.
|
ADVERTISEMENT