CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Jemaah Haji Tolak Subsidi Faham Konsep Istita’ah

3-10-2023 03:54 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2370| Komen: 8

Ipoh: Tindakan 400 jemaah dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah atau B40 menolak tawaran menunaikan haji tahun ini meskipun layak menerima bantuan bersasar, menunjukkan mereka memahami konsep istita’ah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kefahaman terhadap konsep kemampuan dalam menunaikan Rukun Islam kelima itu dijangka mendorong lebih ramai bakal jemaah Haji menolak subsidi berkenaan.

Mohd. Na'im (dua dari kiri) menyampaikan Sumbangan Bantuan Musibah Ribut pada program Rahmah Madani di Dewan Putra, SMK Bandar Baru Putra, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Katanya, mereka yang menolak subsidi itu bukan bermaksud memberi giliran kepada orang lain sebaliknya menyedari kemampuan untuk menanggung keseluruhan kos menunaikan ibadah tersebut.


“Di sini peranan dilakukan Tabung Haji (TH) iaitu memberikan pencerahan dan penjelasan kepada masyarakat Islam khususnya kepada pendeposit tentang prinsip dan falsafah mengenai konsep istita’ah sebab asas kemampuan ini diambil daripada ayat al-Quran.

“Ini yang kita cuba uar-uarkan tetapi sekiranya mereka benar-benar tidak ada kemampuan, giliran pula sudah sampai tetapi duit tidak cukup, maka di situlah saya nampak ada Tabung Haji untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Bencana Ribut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Putra di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 400 jemaah B40 yang layak menerima bantuan bersasar menunaikan haji tahun ini dilaporkan menolak tawaran itu atas faktor kemampuan menunaikan rukun Islam kelima itu.

Sementara itu, mengenai Program Rahmah Madani, Mohd. Na’im berkata, sebanyak RM255,000 sumbangan diagihkan kepada seramai 89 ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana ribut yang berlaku pada 16 September lalu.

Katanya, sumbangan itu membabitkan peruntukan daripada Tabung Musaadah yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Wakaf Malaysia, Yayasan Taqwa Majlis Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 3-10-2023 07:25 AM
ada orang tu bayar zakat pun disponsor.
anak kawin pun sama
Tanam di kubur pun mcm tu
Tapi harta juta2.
Quote sayurmayur88 3-10-2023 07:37 AM
macam2 konsep baru iolls pelajari....
Quote batu kikir 3-10-2023 07:53 AM
Edited by batu kikir at 3-10-2023 02:00 PM

Syabas Kerajaan Madanon atas keprihatinan terhadap nasib rakyat. Ada lagi Gomen nak buat
1. kembalikan GST
2. sabsidi petroleum bersasar
3. cukai perkhidmatan dan segala bentuk cukai baru akan diperkenalkan

Ini semua untuk kamasylahatan rakyat.
Ramai peniaga yg dah hidup segan mati tak mahu, rakyat berebut beli beras, harga gula dan barangan asas akan naik.....inilah yg rakyat mahu sambil dihibur dengar ceramah kosong takde isi,lain ditanya lain dijawap. Syabad
Quote otai_g 3-10-2023 08:05 AM
Rindu zaman 60an 70an. Gaji x bnyk mn tp blh hidup dgn tenang. Bnyk Ms luang dgn family. Blh lpk2 minum kdi kopi.
Quote AbukRokok 3-10-2023 08:34 AM
otai_g replied at 3-10-2023 08:05 AM
Rindu zaman 60an 70an. Gaji x bnyk mn tp blh hidup dgn tenang. Bnyk Ms luang dgn family. Blh lpk2 mi ...

xmelalui zaman tu so tak taulah tenang mcm mana
Quote otai_g 3-10-2023 09:22 AM
AbukRokok replied at 3-10-2023 08:34 AM
xmelalui zaman tu so tak taulah tenang mcm mana

Iols pun tgk Dr filem p ramlee jah. Haha
Quote brego 3-10-2023 09:37 AM
Edited by brego at 3-10-2023 09:43 AM

ni la nama nya nampak educated tapi bodoh

sebelum ni pencarum tabung haji,
selain dapat dividen simpanan,
dapat jugok saham akhirat sebab tolong dan bantu org lain pi haji
keuntongan pelaburan di kongsi untuk tanggung separuh kos pi haji

kira nya pak ungku aziz masa buat tabung haji dulu,
tak paham konsep istita'ah laa yer

melayu akhir jaman suka tonggang bahasa ereb untok nampak suci
Quote pengecatbintang 3-10-2023 09:39 AM
gomen bagi sabsidi

tapi 400 ni tolak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.235382 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top