Jakarta: Pemerintah Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan(KLHK), menafikan tuduhan bahawa jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia bergerak ke Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar berkata, aduan Malaysia tentang jerebu Indonesia adalah tidak tepat.
“Kami memantau situasi dan tiada jerebu rentas sempadan sampai ke Malaysia” katanya. Berkenaan imej jerebu merentasi sempadan, kementerian berkenaan menerima laporan tebaran jerebu daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik(BMKG) dan Pusat Khas Meteorologi ASEAN (ASMC) dari 28 September hingga 30 September setakat tengah hari kelmarin. Menurut Siti Nurbaya, tiada jerebu rentas sempadan dari Indonesia merentasi ruang udara ke Malaysia. Berdasarkan pemerhatian ASMC, selama beberapa hari, jerebu yang berlaku adalah sederhana hingga tebal di sebilangan kawasan di Sumatera dan Kalimantan sahaja.
Sumber: Kosmo! Online |
honeybee1802 replied at 3-10-2023 07:20 AM
Tgk asmc tu 2 titik panas besar ialah dekat palembang dan kalimantan la...ini dpt report dr staff in ...
mejaputih replied at 3-10-2023 07:29 AM
Malaysia dulu ada tempat pernah kena smpi 300...rasanya kat indon is more than that. Penah dpt inf ...
syamzana replied at 3-10-2023 07:54 AM
waktu ni kat indon sampai jadi oren2 merah gitu tak nmpk apa lgsg. tp mcm biasa tetap depa kata je ...
ADVERTISEMENT