CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badan Sihat Tapi Mengemis, Kira Duit Berkepuk-Kepuk Kalah Orang Bekerja

2-10-2023 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3144| Komen: 37

Satu video tular menyaksikan seorang lelaki dilihat sedang leka mengira 'pendapatan' yang diperoleh dari orang ramai di bawah tangga sebuah premis yang tidak didedahkan lokasi.

Pakaiannya yang lusuh, bawa kain batik berisi duit dan beberapa pek makanan segera, ramai yang beranggapan individu tersebut sebagai gelandangan atau pengemis.


Duit yang diperoleh juga adalah jenis wang tunai RM1, RM5 dan RM10 dalam jumlah yang banyak.

Foto: Twitter

Perkongsian MyNews Hub di halaman X itu mengundang pelbagai reaksi warga maya sehingga ada yang menyifatkan pendapatan golongan tersebut lebih banyak daripada mereka yang bekerja.

"Percaya atau tidak kalau pendapatan mereka ni lebih besar daripada kita semua.

"T20 yang buat kerja B40. Sebab itu aku tak bagi walau sesen pun pada pengemis.

"Dah boleh kutip pengemis ni jadikan buruh paksa biar dia tahu macam mana rasa cari duit," ujar beberapa warga maya.




Ramai juga yang mengecam sikap murah hati masyarakat sehingga menyebabkan golongan pengemis semakin bertambah dan enggan melakukan pekerjaan meskipun mempunyai cukup sifat dan sihat tubuh badan.

Malah ada yang beranggapan kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang melarang meminta sedekah kerana terdapat banyak sindiket seumpama itu.

"Kena ada undang-undang yang melarang minta sedekah. Kalau betul susah, dia boleh pergi ke pejabat zakat, ahli politik atau jabatan kebajikan... badan nampak sihat.

"Rakyat Malaysia pemurah, tak perlu dinafikan.

"Kalau datang dekat aku cukup sifat dan dewasa, aku pass! Aku lebih suka sedekah atau bagi tip pada tukang isi minyak atau rider dan makcik cleaner. Mereka layak dapat ekstra.

"Kadang tu apabila fikir nak bagi sedekah, aku bagi tip pada rider," ujar beberapa netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 2-10-2023 08:13 PM
Rakyat mesia masih zero knowledge and awareness...kalau semuanya decide tak back bagi..for sure all pengemis nih akan keje..
Quote jari10 2-10-2023 08:32 PM
Last week kat bulatan saujana putra..ada sorang pakcik jual tisu. Dia hampiri dari kereta ke kereta. Yg menarik perhatian aku adalah kebanyakan yg hulur ‘sedekah’ adalah drp tangan2 manusia yg sdg berada dlm kereta2 mewah
Quote brego 2-10-2023 08:48 PM
pergh, lagi banyak income dia dari bawak ehailing dan phailing

takyah susah2 keje
Quote sambaldurian 2-10-2023 09:43 PM
Klu x bg ada yg x berganjak, ko ckp la nk mkn dulu ke nnti dulu ke. Statik je. Kita x selesa terpaksa la bg. Ni pun 'buli'.
Quote mojarean_X 2-10-2023 09:52 PM
Iols nk muntah ari ni kerja lebih masa td. Baru blk. Kalo iols bole cari duit dgn cara senang iols pun nak
Quote ina_na 2-10-2023 10:38 PM
Aku ari tu nk p bank.. sementara tunggu beratur panjang p mengeteh dl..nampak seorg ni makan nasi mewah la lauk nye dgn air bagai..lps tu tapau lg lauk..dah siap makan siap bayo semua dia p toilet..kuar dr toilet dia tukar uniform pengemis..rambut serabai..baju koyak2.. suar pun senteng sebelah...Lps tu jalan buat2 gila..mamak cashier ckp dia berlakon je tu...setiap ari sblm msk keje dtg sarapan sini.. tapau makanan air bagai...mamak tu citer ade seorg lg rohinya pun berlakon gak..tu bt2 kaki eksiden pdhal x pun..setiap ari tukar duit dgn mamak.. ratus2 dpt sehari...ade seorg lg sll ckp ade duit lebih x nak duit isi minyak motor..sekali org sini follow tu dia bawak Honda baru ko...msk kete ikat rambut KemaS2,salin baju p melepak kedai lain...semua bt keje mengemis mcm org msk keje dr kul 9pg sampai 6petang..masyuk2 je by keje ni...
Quote TOPwind 2-10-2023 10:40 PM
Edited by TOPwind at 2-10-2023 10:42 PM

ada ustzad ceramah- kata tipu atau tidak pengemis tu beri je pahala tetap dapat

ni yg jadi lagi ramai org melayu beri-

bila tegur pasal ugama marah- di Saudia Arabia pengemis ditangkap
Quote maroon_nerd 2-10-2023 10:44 PM
Aku penah kena ngan pmpn foreigner. Mintak sedekah. Aku tak bagi. Pastu dia kata nak beli nasik untuk anak dia. Aku tengok sihat je. Aku bulatkan mata, aku cakap 'You go to work.' Terus dia blah. Baik aku bagi tips kat service provider dari bg kat diorang ni.
Quote _kelly 2-10-2023 10:47 PM
"sedekah je la, dia nak tipu tu dosa dia dengan Allah"

acik kata padan muka je la
Quote B40tastePosh 3-10-2023 12:11 AM
Sebab tu Palestine, Rohingya dan Syria boleh hidup selesa di Malaysia.
Quote pokokmeranti 3-10-2023 07:15 AM
mmg susah nak caya bab minta sedekah nie...lebih baik I beli pelam yg dijual di simpang lampu isyarat wlupun pembeli boleh kena saman. sekurangnya mereka berusaha panas terik cari rezeki dari yg duduk mengemis
Quote jazaa100 3-10-2023 07:37 AM
Edited by jazaa100 at 3-10-2023 07:40 AM
ina_na replied at 2-10-2023 10:38 PM
Aku ari tu nk p bank.. sementara tunggu beratur panjang p mengeteh dl..nampak seorg ni makan nasi me ...


Kau report je ina kat jkm....


Aku dulu tgok rohingya dok kat masjid depan setiasky jln raja muda tu......
Bila ada org....dia punya ngesot dgn tgn² terketar² mcm nk mamposd je...

Satu hari tu aku nk amik duit, tak de org sbb baru lepas maghrib....aku ternampak dia naik bas, elok je tak guna tongkat.....bas laju pun dia steady je tak tergolek....

Esoknya aku terus call jkm....pastu tak de dah menyemark kat situ
Quote mawarika 3-10-2023 07:44 AM
Jahatnya dieorang ni. Sia2 je aku kesian kat pengemis. Baik beli pelam traffic light.. sekurangnya nampak kegigihan cari duit panas2..
Quote Dwdrum 3-10-2023 08:23 AM
Ini jadi beggar bukan sebab poor tetapi lazy bum... Sama disease dengan healthy homeless
Quote AbukRokok 3-10-2023 08:35 AM
pinjam seratus?
Quote AbukRokok 3-10-2023 08:37 AM
_kelly replied at 2-10-2023 10:47 PM
"sedekah je la, dia nak tipu tu dosa dia dengan Allah"

acik kata padan muka je la

kita dah bagi sadokah dah kira dpt pahalo..dia tipu itu dia jawab sama tuhan
nak sadokah sadokah xmau kalu..duk diam diam biar org lain sadokah
Quote mejaputih 3-10-2023 09:00 AM
nmpk mcm rohingya...
Quote epullipan 3-10-2023 09:09 AM
kalau sapa yang lepak MITC  melaka akan perasan ade sorang pakcik ni muka ala ala mamak..dok naik moto tgk org baru kuar keta trus ke situ kata nak bantuan sikit, singgit ke 2 ringgit ke, nak buat beli makanan la..moto semua aku tgk elok lagi..aku pernah kena sekali..mula2 tu bagi RM 5..kali kedua dia datang aku terus sound badan sihat keja la lahanat punya orang..trus dia belah..
Quote salimrock 3-10-2023 10:44 AM
baru2 ni wa menang pertandingan snuker ada gak la dlm 100 lebih, ( pertandingan la 1 lawan 1, kalah kena bayar table dan bagi ''hadiah''pada pemenang )

yg kalah tu anggap je la bayar yuran bertanding

keluar snuker wa dlm kelaparan wa pn makan mewah sikit beriyani ayam dan kambing haha, sekali lepas order wa keluar dr kedai beli rokok, ada pakistan sorang ni muka sedih kt kedai runcit tu

can u speak english?

wa: yes

paki: i m hungry can u buy me milo ice, i just came to malaysia..

( wa kasian plak bila dia cakap cam tu sebab wa pn dlm kelaparan, tp wa kalo suruh dia order nnti dia order ayam tanduri seekor, beriyani ayam kambing,  masak wa nak bayar )

wa: oh ok, i give u rm10 u go and buy food ( tetiba wa rasa simpati pada si lapar)


wa ada terlintas betul ke tak dia ni, tp takpe la wa tgh gumbira masa tu hahaha

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.063345 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top