CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nanah Dalam Buah Pinggang Norlida Ahmad Semakin Membesar

2-10-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1851| Komen: 5

Pelakon era 80-an Norlida Ahmad ditahan semula di wad Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sejak 19 September lalu akibat masalah buah pinggang bernanah.

Anak perempuannya, Ally Marisha Afrina berkata, nanah di buah pinggang ibunya masih belum hilang sepenuhnya walaupun sudah membuat pembedahan sebelum ini.


"Sebenarnya Ummi (panggilan Norlida) sudah dibenarkan keluar hospital pada 13 September lalu tapi ditahan semula enam hari kemudian.

"Ia susulan keputusan ujian ultra bunyi menunjukkan nanah tersebut masih lagi aktif di dalam buah pinggang malah saiznya juga semakin membesar di antara sembilan hingga 11 sentimeter," katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Ally memberitahu pembedahan yang dilakukan Norlida atau lebih mesra dengan sapaan Connie pada Ogos lalu gagal apabila berlaku komplikasi.

Ketika ini kata Ally, mereka sedang menanti keputusan lanjut daripada doktor tentang rawatan lebih baik untuk ibunya.


"Pada 29 Ogos lalu doktor sudah cuba buat pembedahan semua tetapi ia tergendala atas sebab komplikasi.

"Ia menghalang untuk membuang nanah dalam buah pinggang... Ketika ini saya masih lagi tunggu keputusan doktor untuk rawatan selanjutnya," jelasnya.

Sebelum ini, mStar melaporkan dramatis itu mengalami demam berpanjangan sebelum mendapat rawatan lanjut di hospital pada 12 Ogos 2023.

Selepas seminggu menerima rawatan, doktor memaklumkan Norlida menderita masalah buah pinggang bernanah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-10-2023 09:52 PM
Gambar latest ke tu? Walaupun sakit tetap nmpk cantik. Semoga dipermudahkan urusan.

Quote 3chanceno 2-10-2023 10:52 PM
Semuga dipermudahkan urusan & diberikan kesembuhan.
Quote zaianim 3-10-2023 04:33 AM
Belakang tapak tangan dan jari dia masih nampak cantik walau dah berumur.. moga dipermudahkan segala urusan rawatan
Quote kucingitam 3-10-2023 09:59 AM
kesiannya, apa punca ya jadi gitu..suka sangat lakonan dia
Quote FlexyFox 3-10-2023 10:56 AM
I pun baru nak tana soalan yg serupa. Apa sebab buah pinggang boleh bernanah. Semoga beliau cepat sembuh.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.067692 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top