CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kantoi Menyamar Siap Pakai Purdah, Duduk Dalam Surau Perhati Wanita Tukar Baju

2-10-2023 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5443| Komen: 26

Taktik penyamaran seorang lelaki yang dipercayai mahu melampiaskan nafsu serakahnya, terbongkar selepas berjaya dihidu oleh seorang wanita.

Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok, si penyamar memakai sehelai jubah siap berpurdah hitam dan kemudian hanya duduk di sudut surau sambil memegang telefon bimbit.


Menurut wanita berkenaan, penyamar tersebut seperti mengekorinya dari tandas dan turut mengikut masuk ke dalam surau.



Dia kemudian menukar baju di dalam surau, namun katanya, timbul perasaan tidak sedap hati apabila 'wanita berjubah' itu seperti memerhatikannya.

Berasa curiga dengan kelakuannya, wanita berkenaan bertindak keluar dari surau dan memanggil beberapa lelaki dipercayai kakitangan di premis tersebut.

"Dari tadi dia ikut saya, saya curiga dia lelaki sebenarnya. Dia tak mahu bersuara, cuba periksa dia," katanya.


Beberapa lelaki yang masuk ke dalam surau itu cuba bertanyakan beberapa soalan kepada 'wanita berpurdah' itu, namun tiada suara kedengaran dan hanya menggunakan isyarat tangan.



Mereka cuba berlembut dan memintanya untuk menanggalkan purdahnya, namun 'wanita' berkenaan enggan menurutinya.

Selepas cubaan berlembut tidak diendahkan, mereka terpaksa melakukannya secara paksa dan ternyata benar individu yang berselindung di sebalik purdah dan jubah itu adalah seorang lelaki.

Sejurus pendedahan itu, dia menangis kerana trauma dan auratnya sudah dilihat oleh lelaki tersebut.

"Kenapa kamu buat begini? Sudah berapa lama kamu buat kerja ini?" tanya beberapa lelaki yang datang bersama wanita berkenaan.

Mereka kemudian mengambil telefon bimbit milik lelaki berkenaan dan membawanya keluar dari surau, difahamkan untuk tindakan susulan.

Difahamkan juga kejadian tersebut berlaku di Indonesia.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan malah mengharapkan si pelaku dikenakan tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang.

Malah mereka turut menasihatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

"Dah lah dia pegang telefon... entah-entah dah rekod kakak ni.

"Kesiannya... mesti dia berhabis menjaga aurat tapi senang-senang je orang buat naya.

"Nasin baik kakak ni ikut kata hatinya. Kalau berlama-lama di situ, mungkin lain jadinya," demikian komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 2-10-2023 02:04 PM
Senang dia buat modal ye
Quote pokokmeranti 2-10-2023 02:21 PM
suatu kegigihan menyamar jadi pompuan...
Quote supernaturalee 2-10-2023 02:32 PM
nk mencarut rasa bila nak hujung2 cerita baru mention dr sana
klu tau awal mmg x baca dah

Quote mejaputih 2-10-2023 03:05 PM
Thats why iols x berapa genar tgk org berpurdah..sbb takut ada aktiviti mcm ni.
Quote Sazreena 2-10-2023 03:08 PM
Ambik je la hp tu delete yg kat deleted album skali
Quote A-Are 2-10-2023 03:45 PM
sajer la tu mention lambat cerita dr seberang supaya ada org baca artikel ni
Quote _kelly 2-10-2023 03:46 PM
INDONNNNN!!!!
Quote rbmy 2-10-2023 03:53 PM
jap.. kenapa dia tukar baju dalam surau? dia rasa selamat eh?
aduhai..
Quote _blackbird 2-10-2023 04:09 PM
bipolajourney berpurdah tersenyum sinis sambil kulu kilir bawa anjing berjalan2

Quote Belibis 2-10-2023 04:15 PM
Apa jer jantan sangap ni boleh tengok.bukannya orang bogel nak salin baju untuk solat.
Quote gigahertz 2-10-2023 04:15 PM
mejaputih replied at 2-10-2023 07:05 AM
Thats why iols x berapa genar tgk org berpurdah..sbb takut ada aktiviti mcm ni.

i pun tak suka. i nampak je geng2 purdah ni i blok kat FB.
Quote ally9970 2-10-2023 04:26 PM
Kok kenapa tuturnya bunyi mcm Indon? Owh, mmg kejadian di Indon... buang masa...
Quote salimrock 2-10-2023 06:24 PM
skrg wanita pn perlu berprasangka / berhati2 dgn yg berpurdah...


takut ada yg ambil kesempatan begini...
Quote sambaldurian 2-10-2023 10:26 PM
Mcm konten je, semua lakonan . Nk ckp aurat tu berharga kontennya. Sbb knp dicover, siap ada henfon. Ko kelam kabut hp siap2 dh pasang video recording. Lo fikir lo direktur sinetron
Quote intan244 2-10-2023 11:40 PM
salin baju dah kenapa. ambik wuduk bukak tudung je. kalau yg salin kain tu pon balik tirai ke apa.
Quote B40tastePosh 3-10-2023 12:39 AM
Buka purdah nampak Emas Emas Emas sampai menangis....enak lah dapat Emas
Quote B40tastePosh 3-10-2023 12:40 AM
intan244 replied at 2-10-2023 11:40 PM
salin baju dah kenapa. ambik wuduk bukak tudung je. kalau yg salin kain tu pon balik tirai ke apa.

Mungkin dah tertayang bulu jembut nye lebat.

Quote tikusmontok 3-10-2023 01:03 AM
supernaturalee replied at 2-10-2023 02:32 PM
nk mencarut rasa bila nak hujung2 cerita baru mention dr sana
klu tau awal mmg x baca dah

Iols terus tercarut dalam hati nama friska garit
Quote batmana 3-10-2023 09:26 AM
Tgk tgn kaki keras mmg jantan dah..
Purdah patut diharamkan ..nabi tk suruh pakai..yg disuruh tutup aurat.bukan tutup muka..sini bukan padang pasir abuk masuk ke hidung bagai

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.151253 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top