Selang beberapa hari selepas perbicaraan penuh hadanah yang berlangsung pada 4 September lalu, bekas madu Miera Liyana memaklumkan anak keempatnya iaitu Nur Anisa ada minta pulang ke rumahnya.
Adibah Abdul Mutalib, 50, berkata, dia pada awalnya terkejut dengan permintaan kanak-kanak berusia 12 tahun itu memandangkan kali terakhir dia bermalam di kediamannya di Putrajaya pada April 2023. Sebagai ibu dia gembira dengan keputusan Anisa yang mahu pulang bermalam dengannya selepas sekian lama tinggal bersama bapanya, Rosland Othman. "Selang beberapa hari selepas perbicaraan hadanah, Anisa ada hubungi saya untuk balik ke rumah saya di Putrajaya dan minta saya ambilnya di sekolah pada keesokan harinya. "Saya ambil seperti diminta dan Anisa balik dan tidur di rumah selama tiga malam. "Dia tak balik rumah sejak April lepas, saya tengok Anisa gembira dapat jumpa adik-beradik yang lain," katanya kepada mStar.
Adibah ditemui selepas hadir perbicaraan hadanah penuh di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin. Sementara itu, berhubung isu hak penjagaan penuh dua anak perempuan mereka, Rosland, 50, selaku plaintif dalam kes itu mengusulkan penyelesaian secara baik bagi kedua-dua belah pihak. Hakim Syarie Shamsuddin Hussain yang mendengar kes itu kemudiannya memerintahkan kes tersebut disambung semula pada 19 Oktober ini. Pada 4 September lalu, Shamsuddin memanggil Anisa dan adiknya Nurin Tasnim, 11, bagi memberi keterangan mengenai pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu mereka. Prosiding pada Isnin sepatutnya memperlihatkan mahkamah membaca keputusan hadanah penuh terhadap dua kanak-kanak berkenaan. Rosland hadir bersama ibu mentuanya pada prosiding itu namun tetap dengan pendirian enggan mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu rumah tangganya kepada media. Pada 3 Ogos lalu, pasangan ini sah bercerai talak satu selepas mendirikan rumah tangga selama 28 tahun. Selain Anisa dan Nurin, pasangan ini mempunyai tiga lagi anak perempuan iaitu Nur Izzah, 26, Nur Iffah, 24 dan Nur Liyana, 18 tahun. Rosland berkahwin dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021. -CARI |
maharani_gebu: i teringin nak tau ape jawapan ...
razzia replied at 2-10-2023 02:16 PM
kenapa setiap kali keluar cerita they all ni mesti porumer cakap mil dia kehulu hilir dgn dia,dlm
pi ...
ADVERTISEMENT