CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8042|Reply: 32

Suami Miera Liyana Nak Selesai Kes Hadanah Secara Baik, Adibah Gembira Anak Balik Tidur Rumah Selepas 5 Bulan Terpisah

[Copy link]
Post time 2-10-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Selang beberapa hari selepas perbicaraan penuh hadanah yang berlangsung pada 4 September lalu, bekas madu Miera Liyana memaklumkan anak keempatnya iaitu Nur Anisa ada minta pulang ke rumahnya.


Adibah Abdul Mutalib, 50, berkata, dia pada awalnya terkejut dengan permintaan kanak-kanak berusia 12 tahun itu memandangkan kali terakhir dia bermalam di kediamannya di Putrajaya pada April 2023.


Sebagai ibu dia gembira dengan keputusan Anisa yang mahu pulang bermalam dengannya selepas sekian lama tinggal bersama bapanya, Rosland Othman.




Foto: IG




"Selang beberapa hari selepas perbicaraan hadanah, Anisa ada hubungi saya untuk balik ke rumah saya di Putrajaya dan minta saya ambilnya di sekolah pada keesokan harinya.


"Saya ambil seperti diminta dan Anisa balik dan tidur di rumah selama tiga malam.


"Dia tak balik rumah sejak April lepas, saya tengok Anisa gembira dapat jumpa adik-beradik yang lain," katanya kepada mStar.


Adibah ditemui selepas hadir perbicaraan hadanah penuh di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin.


Foto: mstar




Sementara itu, berhubung isu hak penjagaan penuh dua anak perempuan mereka, Rosland, 50, selaku plaintif dalam kes itu mengusulkan penyelesaian secara baik bagi kedua-dua belah pihak.


Hakim Syarie Shamsuddin Hussain yang mendengar kes itu kemudiannya memerintahkan kes tersebut disambung semula pada 19 Oktober ini.


Pada 4 September lalu, Shamsuddin memanggil Anisa dan adiknya Nurin Tasnim, 11, bagi memberi keterangan mengenai pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu mereka.


Prosiding pada Isnin sepatutnya memperlihatkan mahkamah membaca keputusan hadanah penuh terhadap dua kanak-kanak berkenaan.


Rosland hadir bersama ibu mentuanya pada prosiding itu namun tetap dengan pendirian enggan mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu rumah tangganya kepada media.


Foto: mstar







Pada 3 Ogos lalu, pasangan ini sah bercerai talak satu selepas mendirikan rumah tangga selama 28 tahun.


Selain Anisa dan Nurin, pasangan ini mempunyai tiga lagi anak perempuan iaitu Nur Izzah, 26, Nur Iffah, 24 dan Nur Liyana, 18 tahun.


Rosland berkahwin dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhuhu what happened? Tapi bagus la selesai cara baik
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 01:41 PM | Show all posts
mak mertua ros tu mmg ikot kehulu kehilir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 01:48 PM | Show all posts
i teringin nak tau ape jawapan dua beradik tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 01:50 PM | Show all posts
berbaik la
itu yg tbaik
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulu kilir dgn ibu mentua..meluat aih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2023 02:07 PM | Show all posts
Pelik sungguh mak mertua ikut ke hulu ke hilir..mcm control something... biar la rosland tu setel mslh keluarga sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa setiap kali keluar cerita they all ni mesti porumer cakap mil dia kehulu hilir dgn dia,dlm
pic tu tk ada pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu: i teringin nak tau ape jawapan ...


Iols pn xsbr tunggu, tp ni tiba-tiba tok lan nak settle cara baik. ke dh tau dorg choose kak dib??  Smoga good ending for kak dib & the kids..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
razzia replied at 2-10-2023 02:16 PM
kenapa setiap kali keluar cerita they all ni mesti porumer cakap mil dia kehulu hilir dgn dia,dlm
pi ...

U baca abis x artikel tu ..kan ada tulis
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 02:27 PM | Show all posts
mil toktanah ni pakai mandrem hantu cina ke kemain ikat menantua dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 02:32 PM | Show all posts
mmg ramai yang muyskil...awal MIL yang ikut ...x leh kah menantu tu pi sendiri..
takut menantu patah balik dekat keluarga dia kah..??

ke MIL bnyk menyumbang kewangan makanya son in law x leh buka mulut...?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 02:35 PM | Show all posts
dulu mak mentua kata paklan nak buat pc.. mana pc nyer?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 02:36 PM | Show all posts
bini baru dah tak larat nak jga anak2 ke sampai kau pos balik kat mak dorang..?
hari tu kemain nak bolot
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 03:23 PM | Show all posts
iols speku mak si rachel tak sanggup jaga anak2 tiri, tu yg paknya pulangkan ke kak deeb & keluar statement nak selesai cara baik. Puih lah!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kes ank dnarskan..hakim suruh pilih nk duduk dgn apak @ adik bradik (anak2 dnars)...dlm ig nmpk bdk tu hepi...dlm hati taktau...dia plih nk duduk dgn adik bradik dia..anak2 land tu mngkin rindu dgn mak & kakak2 dia..tp mampu pendam je..ingat bdk2 blh trima ke strangers?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Otak jahat aku berfkr...Zmn ekonomi meleset ni.. agak2 nye fkr dr kuarkan Kos lebih ke anak2 ekspress..baik pulangkan ke ibu dia org...jd lebih skt tuk belanje sendiri...kang anak ekspress nak tu ni x ditunaikan dikutuk cerca lg oleh netizen...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 03:52 PM | Show all posts
takde gossip yang menyegarkan mata kah petang2 nih...

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak or kakkkkkkkkk baik adaaaa maknaaaaaa tuuuuu jgn termakannnn terus nak beralahhhhh kak oiiiii! Mutaah, nafkah tuntut sewajarnyer.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 04:15 PM | Show all posts
ade sape2 boleh feed gambo makmen si ros-tanah ni tak?teringinnn nk tgk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.223690 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list