CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Bincang Soal Pemakaian Dhabitah

1-10-2023 03:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14943| Komen: 74

Pelakon, pengacara dan pelawak, Jiggy, 34, ada berbincang dengan isterinya yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 24, mengenai ketidakselesaan isterinya itu mengenakan pakaian renang sewaktu beraksi dan dipertontonkan kepada umum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.


Jiggy berkata, isterinya ada memaklumkan kepadanya jika ada pihak keluarkan satu format pakaian baru untuk menutup aurat, Dhabitah sendiri akan menyokong dan memakainya.





"Sebelum kahwin dia sudah ajak saya berbincang banyak perkara termasuk isu pemakaiannya dalam sukan terjun.


"Sebelum kami ambil keputusan berkahwin, dia minta izin terlebih dulu untuk terus aktif sehingga Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.


"Namun, jika dia tidak diperlukan, dia akan berhenti awal. Tapi memandangkan pelapis baru pun masih dalam proses pencarian lagi, jadi dia masih berkhidmat," katanya.

Jiggy berkata, buat masa ini, dia enggan melayan segala komen negatif terhadap pemakaian isterinya yang kini beraksi di Sukan Asia Hangzhou, China.


Menurutnya, sebagai suami dia sentiasa menyokong dan memahami etika pemakaian isterinya yang perlu berpakaian baju renang sewaktu latihan atau perlawanan.


"Itu saja pakaian rasmi sukan untuk acara terjun. Kalau orang lain nak bercakap, saya tak boleh buat apa kerana mereka akan tetap mencari salah.

"Selagi dia masih diperlukan untuk berkhidmat demi negara, saya akan sentiasa menyokong dan faham situasinya.


Susulan kejayaan Dhabitah dan Datuk Pandelela Rinong meraih gangsa dalam acara 10 meter platform seirama wanita di Sukan Asia, Jiggy berkata, pada awalnya dia tidak membenarkan isterinya menyertai acara itu.


"Pada awalnya saya tak benarkan Dhabitah sertai Sukan Asia kerana dia masih menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan pada Julai lalu.


"Kalau ikutkan keadaan kesihatannya masih belum mengizinkan dia untuk beraksi tapi demi semangat untuk negara dia yakinkan dirinya mampu buat yang terbaik.


"Alhamdulillah tak sangka kejayaan berpihak kepadanya. Orang boleh cakap kenapa hanya menang gangsa tapi untuk dia berada di situ pun adalah satu pencapaian besar," katanya.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-10-2023 04:12 PM
Muka sheols jenis bambam padahal body kecik kurus je.

Quote bintangct 1-10-2023 04:29 PM
yg renang berirama dh ada tutup aurat kalau tak salah.. papan terjun ni apsal xde eh
Quote kakasotong2 1-10-2023 04:38 PM
Dhabitah bukannya baru jadi diver yg sibuk nak bincang pasal cara pemakaian dia. Engko berkawan, bercinta & berkahwin dalam keadaan & status dia sebagai atlit penerjun yg memang berpakaian seksi mcm tu. Kadang2 xfaham dengan orang lelaki ni, xboleh ke terima apa adanya isteri, perempuan yg engko kahwini tu? Kenapa nak kena control lepas kawen, nak sibuk hal itu ini? Kalau engko malu sepatutnya dr awal xpayah kawen.

Dhabitah tu pn pandai la dia nak sokong & ikut kalau ada sop baru pemakaian sukan Terjun ni yg lebih bersopan. Takkan la dia x ikut.
Quote codenamedream 1-10-2023 04:43 PM
kakasotong2 replied at 1-10-2023 04:38 PM
Dhabitah bukannya baru jadi diver yg sibuk nak bincang pasal cara pemakaian dia. Engko berkawan, ber ...

Heols tak persoalkan pun.
Netizen yang kepochi
Quote dagusengett 1-10-2023 05:07 PM
Netizen kalau tak minat sukan2 tertentu sbb aurat boleh tengok sukan lain
I sukan basikal hat laki punya pun geli
So tengok badminton lagi bagus
Takyah nak heran org nak pakai apa lah
Quote adeqbun 1-10-2023 05:29 PM
kakasotong2 replied at 1-10-2023 04:38 PM
Dhabitah bukannya baru jadi diver yg sibuk nak bincang pasal cara pemakaian dia. Engko berkawan, ber ...

Ai rs die cume menjwb kritikan netizen yg beriya sgt nak sebok psl aurat bini org..yg ko tgk acara terjun anjal dh kenapa ye dak .jiggy ni rsnye accept je siapa dhabitah ni..ai sndri akan bengkek kalau leaps kawen dhabitah bersara...pls la netz .sebok btol..family bitah sndri accept jgn la korg sebok2..mmg la aurat tetapetapi tu pilihan diorg dr awal...nak jd peserta ni latihan pon dh umur 5-6 thn rsnye..mmg dh planning dr awal utk jdkan kerjaya hidup kot
Quote Kahla 1-10-2023 05:37 PM
kakasotong2 replied at 1-10-2023 04:38 PM
Dhabitah bukannya baru jadi diver yg sibuk nak bincang pasal cara pemakaian dia. Engko berkawan, ber ...

Ko baca tajuk je ke nyah? Dia tak pertikai langsung pun pakaian bitah tu
Quote Kancilkering 1-10-2023 05:58 PM
dhabitah gold for olympics….go go go….
Quote ina_na 1-10-2023 06:04 PM
Dinah ni comeii..rs mcm x patut dia kawin gan laki ni...Bab pakaian tu x nk komen...bak kata anak aku satu2 nye pertandingan yg menutup aurat tu wusyu...Aku ye Kan je la..sbb x ambik kisah sgt bab sukan ni...
Quote Manusiabesa 1-10-2023 06:11 PM
Euw bosan tol couple ni. Next
Quote Hessa 1-10-2023 06:17 PM
kakasotong2 replied at 1-10-2023 04:38 PM
Dhabitah bukannya baru jadi diver yg sibuk nak bincang pasal cara pemakaian dia. Engko berkawan, ber ...

haha...well said. i like mengada kan.entah lah pd i bnyk perkara boleh dipilih kenapa nk teruskan bila ada ragu2 ye tak.
Quote Hessa 1-10-2023 06:20 PM
lagi satu, bab2 sukan ni, kalau yg muslim ni, tk pyh lah pilih sukan2 yg mmg tak tutup sana sini tu. gimnastik, renang. bnyk lagi sukan lain boleh pilih. taekwondo, karate,judo, aikido, menembak,memanah,tenpin bowling..eh bnyk lah..benda boleh pilih kan.nk nyesal kemudian hari pun no point.
Quote scarflicious 1-10-2023 06:36 PM
Aku malas betul melayan netz kepochi
Quote Piramida 1-10-2023 06:38 PM
Sejak kawin.. Merundum kan performance dia ni... Sayang jugak.. Focus dah ke lain.
Quote aechae 1-10-2023 06:59 PM
Piramida replied at 1-10-2023 06:38 PM
Sejak kawin.. Merundum kan performance dia ni... Sayang jugak.. Focus dah ke lain.

Merundum ke? bukan bru dpt silver lg 1 td?
Quote TomyamPuteh 1-10-2023 07:12 PM
Ramainya husband Dhabitah kt Malaysia nih. Jaga anak bini korang dh la.
Quote Piramida 1-10-2023 07:45 PM
aechae replied at 1-10-2023 06:59 PM
Merundum ke? bukan bru dpt silver lg 1 td?

Ooo latest ya. Tahniah lah gitu. Membuktikn masih focus.
Quote kakasotong2 1-10-2023 08:34 PM
Edited by kakasotong2 at 1-10-2023 08:40 PM
codenamedream replied at 1-10-2023 04:43 PM
Heols tak persoalkan pun.
Netizen yang kepochi


Meols baca perenggan awal je yach. Rasa bengang pula bila baca ada bincang2 bagai walau yg ajak berbincang tu Bitah. Bitah ni budak baik masih ajak bincang walaupun Jiggy tu pn mesti dah fikir awal risiko bila dia ngorat atlit mcm Bitah ni.
Quote kakasotong2 1-10-2023 08:36 PM
Kahla replied at 1-10-2023 05:37 PM
Ko baca tajuk je ke nyah? Dia tak pertikai langsung pun pakaian bitah tu

Baca perenggan awal je uols. Lepas baca tiber rasa bengang tu yg terus melahar tanpa baca habis

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.043793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top