CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Samun, Lelaki Tak Puas Hati 'Ex-Girlfriend' Ada Kekasih Baharu

1-10-2023 03:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8220| Komen: 14

Ampang Jaya: Seorang lelaki memukul dan menyamun bekas teman wanita di Axis Mall Ampang, di sini, Khamis lalu, kerana tidak berpuas hati wanita itu sudah mempunyai kekasih baharu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian 9.50 malam itu berlaku ketika wanita berusia 21 tahun yang bekerja di farmasi di pusat beli-belah terbabit didatangi suspek.




Beliau berkata, suspek yang berusia 26 tahun meminta mangsa mengikutnya dan mahu menghantar wanita itu pulang ke rumah.

Bagaimanapun, katanya, mangsa cuba melarikan diri lalu suspek mengejar dan memukulnya sebelum merampas telefon bimbit milik mangsa.

"Akibat kejadian, wanita terbabit yang mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Ampang.

"Pada 9.45 malam tadi, sepasukan polis membuat serbuan di Jalan Cempaka, Taman Cempaka, Ampang dan menahan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kelindan lori," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Azam berkata, semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau membabitkan kesalahan dadah dan jenayah.

"Ujian dadah dapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

"Suspek direman lima hari sehingga 5 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak sehingga mendatangkan kecederaan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fortiori13 1-10-2023 08:11 PM
Carik je gf lain, apa la yg sampai nak pukul, samun bagai, tak pasal2 dah jadi kes polis
Quote green~tea 1-10-2023 08:52 PM
Kau takde kehidupan lain ke noks.. sadisnya nak ngamuk2 stakat clash couple
Quote sukacactus 1-10-2023 10:16 PM
Dah ko tu tak berjenis, sapa yg nak
Quote Carcosa 1-10-2023 10:51 PM
Kelindan lori kau pilih dulu, dik?
Dahla kelindan, berdadih kuat plk tu. YIHHHHHH.
Baguslah dah putus, tapi kena tabrakan plkkk.
Lepas2 ni, kau nmpk dia, kau simbahkan asid dkt pensel 2B dia.
Quote supernaturalee 2-10-2023 02:59 AM
Asal thread hr ni bnyk kena jolok dgn spam
Pnjg berjela plk tu
Pathetic btl la sape yg buat tu
Quote eyansss 2-10-2023 09:26 AM
fortiori13: Carik je gf lain, apa la yg sampai nak pukul, samun bagai, tak pasal2 dah jadi kes polis


orang narcissistic ni bukan taknak cari lain, tapi panas bontot sebab ex gf tak tunduk kat dia…
Quote midori888 2-10-2023 10:00 AM
sib baik baru couple jer, blum kawen lagi...run for your life dik....
Quote brego 2-10-2023 12:53 PM
Mohd Azam berkata, semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau membabitkan kesalahan dadah dan jenayah.


pompuan yg cerdik
break up sebelum get trapped for life

takde nya manosia berubah lepas kawen
jarang2 berlaku, especially mat dadih
Quote Simunggu 2-10-2023 01:03 PM
Ex ja pun ..kenapa nak pukul?
Quote A-Are 2-10-2023 03:39 PM
Ni yang kes dekat dobi tu ke?
Quote noah8670 2-10-2023 09:55 PM
21 muda lagi .. lari dik lari
Quote mojarean_X 2-10-2023 09:58 PM
Kelindan lori ke chuols.....

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056805 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top