Petaling Jaya: Dua penerjun berpengalaman negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri meraih pingat gangsa acara 10 meter (m) platform seirama Sukan Asia Hangzhou dalam keadaan penuh mendebarkan sebentar tadi.
Gandingan terbaik negara itu bermula cemerlang apabila berada di kedudukan kedua di belakang pasangan juara dunia dari China, Quan Hongchan-Chen Yuxi pada percubaan pertama aksi final di Pusat Akuatik Olimpik Hangzhou. Bagaimanapun, Pandelela-Dhabitah ‘tergelincir’ ke kedudukan ketiga pada terjunan kedua sebelum jatuh ke tempat keempat dalam dua percubaan seterusnya. Mujur terjunan terakhir Pandelela-Dhabitah berjaya melonjakkan mereka kembali ke kedudukan ketiga dengan 266.94 markah, mengatasi Nayun Moon-Eunbi Cho dari Korea Selatan yang jatuh ke tempat keempat (263.49 mata).
Hongchan-Yuxi menepati ramalan selaku pemenang pingat emas dengan 375.50 markah diikuti gandingan Jepun, Matsuri Arai-Minami Itahashi di tempat kedua menerusi 290.04 mata. Ini adalah kali ketiga berturut-turut skuad terjun negara meraih pingat gangsa bagi acara 10m platform seirama wanita selepas edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dan 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia. Pencapaian terbaik negara untuk acara berkenaan adalah pingat perak dimenangi Pandelela ketika bergandingan dengan Datuk Leong Mun Yee sewaktu edisi 2010 di Guangzhou, China. Sumber: Kosmo! Online
|
VespaSilbe replied at 30-9-2023 11:43 PM
Theyols ni tak sempat tgk.. dek Azeem berlari live tadi iols menjerit2 .. healing betul.. tahniah bu ...
stingergrumpy replied at 30-9-2023 11:59 PM
Macam baru mengalahkheun usain bolt kheunz?
Padahal beaten to 3rd place by a thai sprinter who cli ...
VespaSilbe replied at 1-10-2023 12:22 AM
Hat gold medalist tu herlok kan sting... Wow gituh.. takpa la gangsa pun okey la.. cuma kalau heol ...
Tunakimchi replied at 1-10-2023 06:49 PM
Tahniah. Dhabitah ni dia x consistent sgt kan. Tp dapat gangsa tu pun dah ok.
stingergrumpy replied at 30-9-2023 04:30 PM
Too pendek for my liking...aku sendiri 1.82m...kalo nak comolot takkheun dia nak kena terjengkit j ...
ADVERTISEMENT